KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang peguam daripada sembilan pertuduhan termasuk menerima dan menggunakan dana RM6.5 juta yang didakwa diperoleh daripada aktiviti haram, enam tahun lepas.
Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Nov 2022, yang membebas dan melepaskan M. Pathmarajah, 67.
Dalam penghakimannya, Muniandy berkata hakim Mahkamah Sesyen membuat itu setelah mendapati perayu (pendakwaan) gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden (Pathmarajah).
"Mahkamah ini mendapati perintah membebaskan tertuduh oleh hakim Mahkamah Sesyen itu betul. Saya dapati mahkamah ini tiada sebab untuk mengubah atau mengganggu keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu rayuan (pendakwaan) perayu ditolak," kata Muniandy.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni manakala responden diwakili peguam Datuk C. Vignesh Kumar.
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Nov 2022, yang membebas dan melepaskan Pathmarajah daripada pertuduhan pengubahan wang haram pada akhir kes pendakwaan.
Seramai 24 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di cawangan Malayan Banking Berhad dan Public Bank Berhad di Jalan Maarof, Bangsar Baru di sini antara 8 Ogos 2017 dan 12 Feb 2018.
Selain itu, dia juga didakwa memindahkan RM608,370 dipercayai hasil aktiviti haram, daripada akaun semasa di Malayan Banking milik Tetuan Mazwan Pathma ke dalam akaun simpanan tetap di bank sama milik firma guaman sama, selain mengeluarkan cek sebanyak RM1,080,000 dan RM2 juta daripada akaun semasa Malayan Banking kepada dua syarikat iaitu Mitz Luniques Sdn Bhd dan Emizen Line Sdn Bhd.
Pertuduhan keempat hingga keenam itu didakwa dilakukan di Malayan Banking, Jalan Maarof, Bangsar Baru di sini antara 12 Feb 2018 dan 16 April 2018.
Pathmarajah didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memindahkan wang RM22,000, RM1,594,757 dan RM1,538,484 yang didakwa diperoleh daripada aktiviti haram, daripada dua akaun semasa firma guaman itu di Public Bank dan Malayan Banking ke dalam dua akaun semasa di Malayan Banking dan satu akaun semasa di Public Bank milik firma yang sama antara 16 Ogos 2017 dan 21 Mac 2018.
Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram itu, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, apabila disabitkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Nov 2022, yang membebas dan melepaskan M. Pathmarajah, 67. -Gambar hiasan
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Kes abai Zayn Rayyan: AGC tolak permohonan ibu bapa semak pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu dikekalkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS - Hakim
Lebih RM45 juta wang tunai telah dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.