Kerajaan Selangor bersetuju sebarang keputusan berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini adalah tertakluk kepada arahan dan dasar semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata sehubungan itu, KKM digesa menggubal, mengkaji dan menyemak akta dan undang-undang yang diperuntukkan agar penguatkuasaan sepenuhnya terhadap akta-akta tersebut mampu dilaksanakan dengan berkesan.
"Kesemua akta yang terlibat dalam pelaksanaan isu vape ini seperti Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah di bawah bidang kuasa KKM, ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Daroyah berkata kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak 1 Jan lepas turut mengambil langkah menangguhkan pembaharuan dan permohonan lesen penjualan vape di negeri itu sehingga keputusan sama ada ia diharamkan atau sebaliknya diumumkan.
"Setakat ini, 69 lesen sudah dikeluarkan kepada pengusaha vape yang mana 30 daripadanya merupakan lesen sementara.
"Selain itu, kami turut mewartakan semua kawasan larangan merokok di Selangor sebagai kawasan larangan vape, antaranya premis kerajaan, hospital, institusi pendidikan, kawasan ibadat, taman permainan dan rekreasi serta kawasan rawat dan rehat (R&R)," katanya.
Bernama
Thu Jan 14 2016
Kerajaan Selangor bersetuju sebarang keputusan berkaitan penggunaan rokok elektronik di negeri ini adalah tertakluk kepada arahan KKM.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ubat terapi anti retroviral dikawal bawah Akta Racun 1952
Penjualan ubat terapi anti retroviral (Highly Active Antiretroviral Therapy - HAART) yang tular di aplikasi X adalah termasuk dalam kategori ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
[KOLUMNIS] Ketagihan vape: Usah cagar masa depan belia, bertindak sebelum terlambat
Kerajaan perlu menilai semula langkah membenarkan penggunaan vape. Sebilangan besar pengguna vape adalah belia. Mereka adalah aset dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.
Imbangi kesan nikotin dengan sokong RUU - Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perunding Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata RUU tersebut perlu diluluskan bagi mengimbangi kesan nikotin terhadap kesihatan awam.
Ahli farmasi bantah cadangan pengecualian cecair, gel nikotin dalam Akta Racun 1952
Amrahi berkata cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dan bukan untuk kepentingan negara.
Dewan Rakyat lulus Akta Racun (Pindaan) 2022
Khairy berkata, prinsip utama pindaan tersebut demi melindungi rakyat, alam sekitar dan negara daripada kesan mudarat racun yang besar.
Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.
Sorok 2.2 tan ketum bawah timbunan nanas
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi semasa melalui SJR tersebut dalam keadaan mencurigakan.
Bengkel kereta jadi stor simpanan ketum
Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat serbuan ke bengkel itu, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Cubaan seludup 300 kg ketum ke Thailand gagal, 5 lelaki tempatan ditahan
Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM80,000.
'Rider ketum' ditahan polis
Suspek berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan.