awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan penjarakan saf bukan dibuat-buat - Menteri Agama

Bernama
Bernama
09/01/2022
13:09 MYT
Keputusan penjarakan saf bukan dibuat-buat - Menteri Agama
Idris berkata adalah menjadi hasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di Malaysia namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa agama negeri-negeri dengan mengambil kira situasi semasa. - Gambar hiasan
BAGAN SERAI: Keputusan penjarakan saf solat bukan 'saja-saja' dibuat oleh kerajaan sebaliknya diputuskan pihak berkuasa agama negeri setelah mengambil kira pandangan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan ulama ketika negara masih berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata adalah menjadi hasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di Malaysia namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa agama negeri-negeri dengan mengambil kira situasi semasa.
"Kalau kita ingin rapat saf, keputusan yang dibuat bukanlah saja-saja dibuat sebaliknya dah diputuskan oleh orang agama, ulama, KKM dan sebagainya. Kita juga kena rujuk kepada bidang kuasa agama negeri dan sekiranya dibenarkan KKM dan semua itu bergantung kepada keputusan mereka dan semua kena hormat.
"Di Arab Saudi pun mereka terpaksa melakukan penjarakan semula saf solat kerana tentu ada sebab tertentu dan insya-Allah kita akan bincang semula perkara itu dari semasa ke semasa apabila diperlukan," katanya selepas merasmikan pecah tanah bangunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Bestari di sini hari ini.
Beliau mengulas langkah beberapa negeri termasuk Perlis yang kembali merapatkan saf di masjid dan surau manakala Johor pula memendekkan jarak ditetapkan menerusi prosedur operasi standard (SOP).
Dalam perkembagan lain, Idris berkata beliau akan membuat pertemuan dengan pengendali umrah susulan tindakan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi selama sebulan berkuat kuasa semalam.
Katanya, walaupun pelaksanaan ibadah umrah adalah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) namun pihaknya sedia berbincang mengenai masalah dihadapi pengendali umrah.
"Boleh bincang dengan saya dan insya-Allah pegawai saya akan aturkan tarikh sesuai dalam masa terdekat," katanya.
Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk menangguhkan sementara perjalanan umrah bagi tempoh sebulan berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara termasuk SOP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjarakan saf
#KKM
#solat berjemaah
#COVID-19
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan