awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara - PM Anwar
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM diumum Jumaat ini

Bernama
Bernama
03/09/2025
09:45 MYT
Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM diumum Jumaat ini
KPT memaklumkan keputusan itu boleh disemak bermula 12 tengah hari, 5 Sept hingga 5 petang, 14 Sept ini.
KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf akan diumumkan pada Jumaat ini.

Ringkasan AI
  • Keputusan permohonan ke Universiti Awam bagi lepasan STPM/setaraf untuk Sesi Akademik 2025/2026 boleh disemak mulai 5 hingga 14 September melalui laman web UPU atau aplikasi UPUPocket.
  • Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran antara 6 hingga 14 September di laman web universiti masing-masing sebelum surat tawaran rasmi dikeluarkan.
  • Permohonan rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya dan tertakluk kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu selesai, manakala pertukaran program atau universiti tidak dibenarkan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu boleh disemak bermula 12 tengah hari, 5 Sept hingga 5 petang, 14 Sept ini.
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my, atau Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
Menurut KPT, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima atau tolak tawaran bermula 6 Sept hingga 14 Sept ini di laman web UA masing-masing.
"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 Sept setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan," menurut kenyataan itu.
KPT turut memaklumkan, hanya pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari, 5 Sept, hingga tarikh akhir semakan.
"Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan," katanya.
Menurut KPT, pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STPM
#semak tawaran universiti
#keputusan UPU
#semak rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan