awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin

Khalis Khadir
Khalis Khadir
19/09/2024
11:35 MYT
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini memberi tempoh kepada pihak pembekal sehingga Oktober depan untuk memenuhi penghantaran empat Black Hawk. - Gambar fail
PUCHONG: Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
“Kita tunggu Oktober,” itu maklum balas ringkas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang media selepas Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi tempoh kepada pihak pembekal sehingga Oktober ini untuk memenuhi penghantaran empat Black Hawk.
Khaled pada Ogos lalu berkata, Mindef sudah mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara berkaitan cadangan pembatalan kontrak sewaan Black Hawk untuk TDM.
Mindef sebelum ini dilaporkan akan menilai secara menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan kontrak atau memberikan masa tambahan kepada pembekal.
Pada 16 Julai lalu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dilaporkan berkata, Aerotree Defence and Services memaklumkan peperangan berlarutan di Ukraine menjadi antara punca kelewatan perolehan Black Hawk terbabit.
Topic Berkaitan
#Black hawk
#Khaled Nordin
#Mindef
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan