KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memuktamadkan keputusan perpindahan peniaga Pasar Malam AU2 Keramat dalam waktu terdekat sebelum mereka diarahkan berbuat demikian pada Januari tahun depan.
Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL Ismadi Sakirin berkata beberapa siri pertemuan dengan peniaga berkenaan telah dilakukan sejak tahun lepas dan penutupan tapak pasar malam itu perlu dilakukan kerana dikhuatiri mengganggu ketenteraman pihak lain selain terdapat projek pembangunan di sekitar kawasan tersebut.
"Pihak DBKL akan sekali lagi berjumpa dengan mereka (peniaga) dan keputusan maklum balas persetujuan berpindah akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita di Menara DBKL, di sini hari.
Pada Sabtu lepas, lebih 100 peniaga Pasar Malam AU2 Keramat mengadakan bantahan secara aman terhadap cadangan penutupan pasar malam yang telah beroperasi sejak 30 tahun lepas.
Ismadi berkata mengikut perancangan, pihak DBKL ada menyediakan lokasi alternatif kepada peniaga iaitu di Seksyen 10 Wangsa Maju, namun ia dibantah oleh sesetengah peniaga kerana mendakwa tapak baharu itu tidak berpotensi dan tidak akan mendapat sambutan.
"Jarak perjalanan antara tapak baharu dengan tapak asal Pasar Malam AU2 Keramat hanya memakan masa 10 hingga 15 minit sahaja, tetapi mungkin sudah biasa dengan tapak lama, mereka mendakwa tapak yang kita cadangkan itu kurang berpotensi.
"Ada satu tapak lain yang mereka (peniaga) cadangkan, tetapi penduduk sekitar pula mempunyai pandangan berbeza. Jadi DBKL kena mengambil kira pandangan semua pihak," katanya.
Selain itu, Ismadi turut memaklumkan pihak DBKL juga memberi pilihan kepada peniaga Pasar Malam AU2 Keramat itu untuk mereka berniaga di tapak pasar malam lain di sekitar Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Pihak DBKL ada menyediakan lokasi alternatif kepada peniaga iaitu di Seksyen 10 Wangsa Maju, namun ia dibantah oleh sesetengah peniaga. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
Wakil MBSA menegaskan, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Perlis arah peniaga pasar malam henti sementara operasi ketika Maghrib
Perlis akan menguatkuasakan peraturan menutup sementara operasi perniagaan pasar malam ketika waktu maghrib bermula pada 15 Sept.
Pasar Malam Jalan TAR ditutup esok bagi operasi SAR di Jalan Masjid India
Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman esok akan ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Dua gerai pasar malam di Nilai ditimpa pokok tumbang
Sebatang pokok tumbang dan menimpa dua khemah peniaga di tapak pasar malam Taman Semarak susulan hujan lebat petang tadi.
Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Keputusan perpindahan pasar malam AU2 Keramat diketahui dalam masa terdekat - DBKL
Beberapa siri pertemuan dengan peniaga berkenaan telah dilakukan sejak tahun lepas dan penutupan tapak pasar malam itu perlu dilakukan.
Cabul wanita di pasar malam, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun yang terbabit dalam kes cabul kehormatan di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di Ipoh.
KPDN cadang perluas MYSaveFood ke pasar malam selepas Syawal
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang memperluas kempen menyelamatkan pembaziran makanan MYSaveFood ke pasar malam seluruh negara selepas Aidilfitri ini.