MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Ogos 2025.
Tindakan segelintir anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam rasuah menjejaskan serta mencemarkan imej pasukan itu, walaupun majoritinya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.
Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak mengenakan tindakan tegas terhadap dua pasukan yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan antara Padang Tembak FC dan Jenderata FC di Padang Speedy, Teluk Intan pada 7 Ogos lalu.
Polis menemukan beberapa petunjuk positif bagi mengesan suspek terlibat dengan kes serangan terhadap anak lelaki Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang.
Polis dan MCMC sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya 'pakar bedah' kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina.
Operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenali sebagai Op Sohor berjaya membongkar kegiatan kebocoran maklumat ketenteraan adalah hasil kerjasama erat bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ).
Kejayaan rampasan kira-kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguhan Kerajaan MADANI memerangi rasuah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa beliau ‘membuli’ Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu buli.
Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan bahawa pihaknya membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi tujuan penjenamaan semula atau 'rebranding'.
"Jangan bertindak menjadi polis, peguam dan hakim." Itu tegas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan Jalur Gemilang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami