PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini akan membuat keputusan mengenai rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, terhadap sabitan kesnya dan penjara 12 bulan dan denda RM2 juta kerana menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, lima tahun lepas.
Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang iaitu Hakim Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin, yang telah mendengar rayuan itu pada 22 April tahun lepas.
Pada 21 Dis tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman terhadap Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan, penjara 12 bulan dan mengenakan denda RM2 juta, selepas beliau didapati bersalah.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu, sementara menunggu rayuan.
Tengku Adnan, 70, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda.
Sejumlah 15 wartawan daripada media tempatan telah diberikan pas, bagi mengikuti perbicaraan menerusi sidang video di sebuah bilik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu, sementara menunggu rayuan. - Foto fail

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Pengarah syarikat didenda RM2,000 jalankan perniagaan tanpa lesen
Hukuman dijatuhkan ke atas Harjeet Singh, 64, dan dia diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bekas presiden Yoon hadiri perbicaraan jenayah melalui kawasan parkir di luar bangunan
Sebelum ini, Yoon dibenarkan masuk ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul melalui parkir bawah tanah atas permintaannya kerana faktor keselamatan.

Artikel nasi kandar: Mahkamah tolak saman ahli perniagaan terhadap The Star, wartawan
Hakim memutuskan bahawa kedua-dua defendan tidak memfitnah plaintif dan mereka tertakluk di bawah perlindungan bersyarat.

Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM90,000 milik akauntan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Agung AS halang pengusiran berpuluh rakyat Venezuela
Kes itu dibawa ke Mahkamah Agung oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) yang memfailkan permohonan mendesak pada Jumaat.

Warga emas didenda RM8,500 anjing ‘Rottweiler’ serang 5 mangsa
Seorang lelaki warga emas yang juga pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500 di Mahkamah Baling selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa.

Bekas presiden Korea Selatan nafi tuduhan pemberontakan pada perbicaraan pertama
Yoon berdepan tuduhan mengetuai pemberontakan melalui pengisytiharan singkat undang-undang tentera pada 3 Disember.

Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng bersambung esok
Syarikat CZCSB disyorkan membina terowong dasar laut kerana pembinaan itu "tidak melibatkan banyak kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan".

MA63: Rundingan tafsiran undang-undang boleh diselesaikan tanpa mahkamah - TPM Fadillah
Rundingan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu dirujuk ke mahkamah.

Pecah amanah: Pesakit kanser tahap empat diperintah jalani bon berkelakuan baik tiga tahun
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.