PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusannya berhubung rayuan seorang wanita berusia 37 tahun terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili wanita tersebut, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib@Hamid yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla hadir bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Abang Iskandar, yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais, turut mengarahkan MAIS agar memfailkan hujahan bertulis tambahan berkaitan persoalan undang-undang dalam tempoh seminggu manakala peguam wanita itu boleh memfailkan hujahan balas.
Pada 12 Dis 2013, wanita itu telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam.
Bagaimanapun, pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Syariah menolak samannya dan Mahkamah Rayuan Syariah juga menolak rayuannya pada 1 Ogos 2017.
Wanita itu kemudian memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam dan menamakan MAIS serta Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Pada 21 Dis 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan saman wanita itu dan mengisytiharkan beliau sebagai bukan Islam bagaimanapun, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Jan 2023, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 yang membenarkan rayuan MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan status Islam wanita itu.
Wanita itu diberi kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Mei tahun lepas berhubung enam persoalan undang-undang.
Terdahulu, Mohamed Haniff Khatri berhujah pemohon gagal membuktikan bahawa dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.
"Perayu adalah seorang Islam mengikut Seksyen 2(c) dan (e) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan.
"Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur adalah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan bagi mendengar serta memutuskan isu berkaitan status agama perayu," katanya sambil menambah mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusan kedua-dua mahkamah syariah.
Salim pula berhujah Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan yang tepat apabila membenarkan rayuan responden dan Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu dapatan fakta Mahkamah Syariah bahawa perayu adalah seorang yang beragama Islam.
"Keputusan Mahkamah Rayuan adalah selaras dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini Rajasingam terhadap Saravanan Thangathoray yang bukan sahaja mengiktiraf kedudukan Mahkamah Syariah malah menghormati serta tidak mengganggu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau berkata Mahkamah Syariah memutuskan bahawa perayu mempunyai asas pengetahuan sebagai orang Islam dan mampu mengucapkan dua kalimah syahadah serta menjelaskan maksud syahadah apabila diminta berbuat demikian.
"Oleh itu, perayu masih memahami ajaran Islam dengan baik dan mengamalkan segala suruhan diperintahkan oleh Allah," katanya.
Malik Imtiaz pula berhujah terdapat pelbagai penegasan yang dibuat semasa prosiding di mahkamah syariah bahawa anak guamnya tidak pernah mengamalkan agama Islam.
"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa perayu telah melafazkan dua kalimah syahadah seperti dikehendaki untuk memeluk agama Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Pada 12 Dis 2013, wanita itu telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam. - Gambar hiasan

Petugas Tabung Haji anjur bacaan Yasin, doa selamat mohon kelancaran operasi haji
Petugas Tabung Haji bagi musim 1446H/2025M mengambil peluang melaksanakan bacaan yasin dan doa selamat di Ibu Pejabat TH di bangunan Roha Al-Madinah, Madinah.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 28 April 2025
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka tinggi minggu ini, dipacu oleh diskaun harga berbanding minyak kacang soya. Peniaga David Ng menjangkakan harga MSM berada dalam julat RM4,050 hingga RM4,250 satu tan. Peniaga Jim Teh dari Interband Group of Companies menjangkakan pasaran yang lebih kukuh dengan harga antara RM3,800 hingga RM3,900 satu tan. Permintaan utama dijangka datang dari India, China, dan Timur Tengah. Stok MSM tempatan masih banyak dengan pengeluaran yang lebih baik pada April.
Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu ini. Pasaran fokus kepada data utama AS. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam, menjangka penurunan indeks keyakinan pengguna dan indeks pembuatan AS. Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.4100/4175 minggu sebelumnya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 28 April 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pembukaan Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Unjuran merosot, tarif meningkat: Apa ‘game plan’ Malaysia?
Malaysia berdepan cabaran ekonomi besar apabila unjuran pertumbuhan KDNK diturunkan oleh Bank Dunia dan IMF, manakala ketegangan perdagangan global terus memuncak. Dalam sesi ini, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas pelan tindakan konkrit Malaysia untuk kekal kompetitif di ASEAN, kesan kenaikan tarif Amerika Syarikat, serta keperluan reformasi ekonomi jangka sederhana dan panjang.

Trump desak Putin 'hentikan serangan' dan tandatangan perjanjian
Putin perlu menunjukkan komitmen untuk menamatkan konflik, kata Trump.
Prospek berhati-hati bagi minggu ini susulan pelabur tunggu respons terhadap tarif AS
Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 minggu ini. Pelabur menunggu respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif AS daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan minggu dagangan yang singkat dan penutupan Bursa Malaysia pada Khamis sempena Hari Pekerja mungkin menjejaskan kecairan pasaran dan mengehadkan momentum kenaikan.

Enggan hubungan ‘terapung’, Mr E mahu segera sunting Erra Fazira sebagai isteri
Erra mohon doa semua pihak agar urusan perkahwinannya kali ini dengan Mr E dipermudahkan.
Sidang Khas Parlimen jadi platform terangkan langkah kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya.

Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda ketika pulang dari surau
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami kecederaan.

Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri
Pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.

DUN Kelantan pertahan kuasa negeri gubal kesalahan hukum syarak
Usul berkenaan dikemukakan ADUN Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di hadapan Speaker.

Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid
Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.

"Comel dan halal, penguin boleh dimakan oleh umat Islam" - Zulkifli
Penguin halal dimakan oleh umat Islam kerana binatang itu termasuk dalam kategori burung air, kata Datuk Seri Zulkifli.

Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam
-Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami."

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.

Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin
Johor belum ada laporan tentang Rasul Melayu tu, tapi bahagian penguatkuasaan sudah diminta supaya memantau perkara tersebut.

COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.