MALAYSIA
Keputusan representasi CEO GISB, isteri dan 20 individu lain diketahui 30 Oktober

Peguam berkata, pihaknya telah mengemukakan representasi kepada AGC pada Mei lepas untuk mengkaji semula pertuduhan terhadap Nasiruddin (gambar) dan yang lain, termasuk menukar kepada seksyen dan hukuman yang lebih rendah. - Gambar fail
KAJANG: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 30 Okt depan untuk keputusan representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) Nasiruddin Mohd Ali dan 21 individu lain untuk mengkaji pertuduhan dihadapi mereka atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 30 Oktober untuk keputusan representasi yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
- Nasiruddin Mohd Ali dan tiga individu lain turut didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam, manakala perbicaraan kes utama dijadual bermula 17 hingga 21 November.
- Kesemua 22 tertuduh, termasuk anak bekas pengasas Al-Arqam, didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding yang dijalankan di Kompleks Penjara Kajang, Rosli berkata pihaknya telah mengemukakan representasi kepada AGC pada Mei lepas untuk mengkaji semula pertuduhan termasuk menukar kepada seksyen dan hukuman yang lebih rendah.
Rosli berkata Nasiruddin dan tiga individu lain akan didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes itu bermula 17 hingga 21 Nov ini.
Pada 23 Okt 2024, Nasiruddin, 66, isterinya Azura Md Yusof, 58, dan 20 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 Sept 2024.
Turut didakwa bersama Nasiruddin dan Azura ialah anak bekas pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, iaitu Mohammad Adib At-Tamimi, 33.
Tertuduh lain ialah Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Mokhtar Tajuddin, 61; Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; Shuhaimi Mohamed, 57; Hasnan Abd Hamid, 54; dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52.
Turut dituduh dalam kes itu ialah Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nur Jannah Omar, 33; Hamimah Yakub, 72; Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45; Nurul Jannah Idris, 29; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; dan Mahani Kasim, 55.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan dengan kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami