awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2025
08:15 MYT
Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Puteri Nurin Amalina (tengah) diiring polis ketika hadir ke mahkamah pada September tahun lalu. Gambar fail
SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menetapkan 18 Februari depan sebagai tarikh baharu keputusan representasi seorang gadis berkaitan pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak di sebuah pusat jagaan yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada Ogos tahun lalu.
Prosiding sebutan semula kes tersebut didengar di dua kamar mahkamah berasingan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin dan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Terdahulu pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Norazihah Asmuni memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka telah menerima surat representasi kes pada 26 dan 27 Disember lalu.
Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa surat representasi tersebut sedang diteliti oleh Pejabat Pendakwaan Negeri sebelum dirujuk kepada pihak Pejabat Peguam Negara (AGC).
Pada prosiding hari ini, peguam Mohd Hanif Hassan menyebut bagi pihak peguam, Doreena Abdullah yang mewakili tertuduh Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 20.
Puteri Nurin Amalin kini masih direman di Penjara Sungai Udang, Melaka selepas gagal membayar jaminan keseluruhan sebanyak RM80,000.
Pada 12 September lalu, media melaporkan Puteri Nurin Amalin yang merupakan pembantu penjaga kanak-kanak didakwa atas empat pertuduhan iaitu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah sini sekitar bulan Ogos lalu.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tekap sudu panas
#keputusan mahkamah
#pengasuh
#kes dera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan