awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rundingan Terengganu-Felda positif - SUK

Bernama
Bernama
06/01/2026
08:15 MYT
Keputusan rundingan Terengganu-Felda positif - SUK
Kerajaan Negeri Terengganu dan Felda dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Rundingan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai isu tanah ladang komersial berakhir dengan keputusan positif.

Ringkasan AI
  • Rundingan positif antara Kerajaan Negeri Terengganu dan FELDA berakhir dengan keputusan positif selepas sebulan proses perbincangan.
  • Kerajaan Negeri sebelum ini mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah ladang FELDA seluas 15,000 hektar atas alasan tidak bayar premium, cukai, dan perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.
  • Tempoh remedi dilanjutkan kepada FELDA selama sebulan selepas rundingan berakhir, dengan jangkaan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zulkifli Ali berkata rundingan antara kedua-dua pihak, yang berlangsung sejak lebih sebulan lepas, berakhir semalam.
"Semalam dah bincang... sudah selesai... hasil positif," katanya kepada pemberita di majlis meraikan beliau yang akan bersara wajib pada 9 Jan ini.
Beliau juga berkata kedua-dua pihak dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.
Penyerahan notis terbabit dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA selama sebulan sehingga esok susulan perkembangan positif hasil rundingan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#Felda
#isu tanah
#zulkifli ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan