KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan isu integriti dan salah guna kedudukan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan mengenai perkara itu dijangka diperoleh minggu hadapan.
"Siasatan kes pegawai Mara itu sudah siap dan telah dibawa kepada pegawai perundangan kita dan dalam peringkat dengan pihak agensi dan kemungkinan akan ada keputusannya pada minggu hadapan," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.
BACA: Lima pegawai Mara beri keterangan kepada SPRM
Lima pegawai Mara itu sebelum ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan anak syarikat agensi itu.
SPRM membuat siasatan itu selepas menerima laporan berhubung isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi berkenaan.
Astro Awani
Tue Mar 01 2022
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan isu integriti dan salah guna kedudukan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara). - Gambar fail
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Keputusan siasatan kes lima pegawai kanan Mara minggu hadapan- Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan isu integriti dan salah guna kedudukan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).