Skip to main content

Malaysia

Keputusan SPM 2025 diumum hari ini

81735787208_SPM.jpg
Seramai 413,372 calon boleh mendapatkan keputusan masing‑masing bermula 10 pagi di sekolah masing‑masing. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan hari ini.

Seramai 413,372 calon boleh mendapatkan keputusan masing‑masing bermula 10 pagi di sekolah masing‑masing.

Advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan beberapa kaedah semakan alternatif, termasuk semakan dalam talian dengan melayari laman sesawang: myresultspm.moe.gov.my mulai 10 pagi hari ini hingga 6 petang, 6 April

Sementara semakan melalui SMS pula boleh dibuatr dengan mengirim SPM ke 15888.

Peperiksaan SPM 2025 berlangsung hampir dua bulan, dari 3 November hingga 23 Disember 2025, melibatkan 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Azam Ahmad, dijangka mengumumkan analisis penuh keputusan itu dalam sidang media khas di Putrajaya.

 

Must Watch Video