KOTA BHARU: Demi menggapai cita-cita sebagai guru, seorang pelajar nekad menghabiskan tempoh persekolahan meskipun dalam keadaan tubuhnya yang lemah akibat serangan angin ahmar lima tahun lepas, hingga akhirnya berjaya meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Siti Nur Amalin Kamal, 18, berkata dia diserang angin ahmar pada awal 2019 dan terpaksa ditidurkan hampir tiga bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum kembali ke sekolah setahun kemudian.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat itu, pada awalnya dia mengalami kesukaran untuk berulang-alik ke sekolah memandangkan keadaan tubuhnya yang masih lemah dan memerlukan bantuan orang sekeliling, selain perlu menggunakan tongkat sebagai alat sokongan.
"Bagaimanapun, dengan sokongan yang kuat daripada ibu, Hasmawati Mohamad, 50 dan bapa, Kamal Samsul, 57 serta guru dan rakan-rakan saya kembali bersemangat untuk ke sekolah biarpun pernah putus harapan.
"Setiap hari, ibu atau bapa akan menghantar saya hingga ke kelas untuk membawa barang-barang persekolahan termasuk buku kerana saya tidak berupaya membawanya sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini hari ini.
Siti Nur Amalin yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan guru (IPG), bersyukur kerana keadaan kesihatannya semakin hari menunjukkan perubahan lebih baik walaupun masih belum sembuh sepenuhnya.
Menurutnya bagi persediaan menduduki SPM tahun lepas, dia memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
"Alhamdulillah keadaan saya kini bertambah baik walaupun seluruh badan sebelah kanan masih lemah dan memerlukan tongkat, malah rakan-rakan sering membantu sekiranya perlu ke makmal atau sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Siti Nur Amalin Kamal, 18, (kiri) melihat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bersama ibunya Hasmawati Mohamad. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
Pelajar SPM cekal urus ibu derita kanser
Muhammad Imran Mohd Adnan bijak membahagikan antara mengulang kaji pelajaran dan menguruskan ibunya.
Program empowerNCER bantu pelajar B40 tingkat pencapaian SPM
95 peratus daripada 3,400 pelajar yang mengikuti program itu lulus SPM dan ia telah dilaksanakan di 30 daerah di empat negeri.
Agong, Permaisuri zahir rasa sukacita, bangga kepada pelajar OKU, B40 cemerlang dalam SPM 2022
Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar cemerlang dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan berterusan.
Pelajar SPM maut ketika pulang dari sekolah
Mangsa yang menunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.
KPM perhalusi cadangan daripada 100 pelajar SPM untuk tambah baik PdP
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan memperhalusi cadangan pelajar untuk menambah baik pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada.
Kerajaan belum cadang beri vaksin kepada pelajar SPM 2021
Kerajaan belum bercadang untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Salam akhir, Muhamad Haikal tatap jenazah ayah sebelum duduki peperiksaan SPM
Rakaman video Muhamad Haikal Iskandar, yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah kertas dua yang tular hari ini nyata meruntun hati warganet.
Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun
Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya.
'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM
Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari insiden sekumpulan pelajar menunggang motosikal secara melulu.