Skip to main content

Dunia

Perancis sahkan semua kontak hantavirus tidak bergejala, empat kanak-kanak negatif

hantavirus, hondius
Seorang lagi penumpang yang dikaitkan dengan kapal MV Hondius disahkan positif dan kini dirawat di unit rawatan rapi dalam keadaan serius. - Gambar fail/AP

ISTANBUL: Pihak berkuasa kesihatan Perancis pada Khamis memaklumkan bahawa kesemua 26 kontak yang dikenal pasti berkaitan kes hantavirus melibatkan kapal MV Hondius kekal tidak bergejala, manakala empat kanak-kanak didapati negatif, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar tempatan BFMTV.

“Kesemua 26 kontak sedang menjalani pengasingan namun tidak menunjukkan sebarang gejala,” menurut kerajaan.

Pegawai berkata kumpulan itu merangkumi 22 individu yang mempunyai kontak dengan pesakit yang meninggal dunia semasa dalam penerbangan komersial, selain empat penumpang warga Perancis yang dibawa pulang selepas menaiki MV Hondius.

Seorang lagi penumpang yang dikaitkan dengan kapal itu disahkan positif dan kini dirawat di unit rawatan rapi dalam keadaan serius.

Empat penumpang kapal yang disahkan negatif kini menjalani pengasingan ketat di Hospital Bichat di Paris.

Menurut pihak berkuasa, baki kontak lain turut berada di bawah pemantauan perubatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video