MALAYSIA
Keputusan SPM Ulangan 2025 diumum esok - KPM

Calon boleh menyemak keputusan secara dalam talian di myresultspmu.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ringkasan AI
- Keputusan SPMU akan diumumkan pada 21 Ogos 2025, melibatkan 10,049 calon di 186 pusat peperiksaan seluruh negara.
- Calon boleh menyemak keputusan secara dalam talian di myresultspmu.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
- KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas pencapaian mereka dalam peperiksaan SPMU 2025.
Semakan keputusan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang myresultspmu.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran kemudian dihantar ke 15888.
"KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami