awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan SPMU pada 12 Okt

Bernama
Bernama
02/10/2023
02:00 MYT
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini berkata seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.
Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
KPM berkata sistem tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Okt sehingga 6 petang pada 18 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keputusan SPMU
#KPM
#pusat peperiksaan
#calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan