Skip to main content

Malaysia

Keputusan SPMU tahun 2026 dikeluarkan esok - KPM

51676859568_SPMSMKArau.jpg
Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 10 pagi esok. - Gambar hiasan
Advertisement

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan dikeluarkan esok (20 Ogos), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan sebanyak 12,974 calon telah menduduki peperiksaan itu bagi 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 10 pagi esok hingga 26 Ogos iaitu pada 6 petang.

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

TAG: SPMU, keputusan, calon, peperiksaan, KPM

Must Watch Video

Advertisement