JOHOR BAHRU:Tindakan kerajaan menamatkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sebagaimana diumumkan oleh kedua-dua kerajaan hari ini, dilihat sebagai langkah terbaik selepas dua negara terbabit mengambil kira penilaian dari pelbagai aspek.
Menurut penganalisis, pembatalan itu juga menunjukkan kerajaan lebih menitikberatkan keperluan semasa, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Ketua Pusat Kecemerlangan Industri-Rel (ICoE-Rel) Institut Kejuruteraan Integrasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Ts Dr Joewono Prasetio menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia sebagai bertepatan memandangkan keadaan negara yang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global berikutan pandemik COVID-19.
"Sudah semestinya kerajaan telah banyak membuat pertimbangan (dan penilaian) dari segenap aspek sehingga membawa kepada keputusan ini.
"Penamatan HSR yang bermaksud pembatalan laluan Kuala Lumpur-Singapura itu (pada masa ini) dan ada kemungkinan ia dihidupkan semula dengan laluan berbeza," kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Joewono berkata Malaysia masih lagi berpeluang mempelajari dan memiliki teknologi terkini melalui pemindahan teknologi kereta api maju sekiranya laluan baharu dicadangkan di masa depan.
Beliau juga menganggap pembatalan projek HSR itu dijangka tidak memberi implikasi besar terhadap sistem pengangkutan awam di Johor mahupun dari negeri-negeri lain berikutan banyak pilihan pengangkutan lain, termasuk dari Kuala Lumpur ke Singapura.
"Sekiranya terdapat cadangan laluan baharu (HSR) sehingga Johor Bahru sekalipun, kita ada kesinambungan dengan projek Sistem Transit Rapid Link (RTS Link) dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (ETS) yang sedang dijalankan," katanya.
Awal hari ini, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan HSR sejauh 350 kilometer setelah gagal mencapai sebarang persetujuan menjelang tarikh akhir semalam.
Pada 31 Mei, 2020, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembangunan projek dua hala sehingga 31 Dis 2020.
Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr L Nanthakumar pula menyifatkan keputusan itu dapat mengurangkan beban kos pembangunan negara dalam situasi ekonomi domestik dan global yang tidak menentu.
Ini sekali gus turut menunjukkan bahawa kerajaan lebih peka dengan kebajikan rakyat dan membantu golongan yang lebih memerlukan, katanya.
Menurutnya, Johor juga dijangka menerima impak minimum dari segi pengangkutan memandangkan terdapat alternatif jalan darat yang baik.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan pelaburan langsung domestik (DDI) ke Johor akan berkurangan dengan syarikat-syarikat Malaysia yang melabur di negeri tersebut turut menerima tempias akibat penamatan projek berkenaan.
"Program dan dasar pembangunan Johor mungkin perlu menerima realiti pembatalan tersebut. Kesan dan imej Johor sebagai hab pembangunan selatan tanah air juga turut terkesan kerana boleh menjejaskan keyakinan pelabur.
"Pembangunan hartanah dan perindustrian sepanjang jajaran HSR yang dicadangkan itu juga mungkin akan mengalami sedikit masalah apabila pelabur mengundurkan diri," katanya.
Nanthakumar berkata secara keseluruhannya, pembatalan itu memberi tempias kepada ekonomi Johor dalam jangka panjang berikutan HSR berupaya menarik pelabur untuk mengembangkan ekonomi di selatan tanahair yang turut mendapat kesan daripada pembangunan Singapura.
"Mungkin (keputusan penamatan) boleh difikirkan semula jika ekonomi sudah pulih," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021

Pembatalan itu juga menunjukkan kerajaan lebih menitikberatkan keperluan semasa, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan rakyat. - Gambar fail

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

Penduduk Kampung Melayu Seelong terima air melalui projek Wakaf Air
Pelaksanaan projek melibatkan penyambungan sistem retikulasi dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894349/26093765541615250303058_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 9 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech 2. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN
Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Bola Sepak | Kedah belum tentu beraksi dengan Renan Alves
Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah, walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021. Aidil turut berkongsi bersama wartawan, Shahrazad Sani tentang situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.

COVID-19 | WHO tidak sarankan pasport vaksin ketika ini
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19. Ini kerana wujud pertimbangan etika disebabkan ketidaksamarataan dalam pemberian vaksin ketika ini.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Lawatan Arab Saudi | PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dari Madinah di Terminal Diraja disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan.

Liga Malaysia | Penonton boleh kembali ke stadium
Berita baik buat semua peminat sukan bola sepak tanah air apabila anda mungkin boleh kembali ke stadium tidak lama lagi. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Seri Reezal Naina Merican menyatakan KBS bersama Liga Bola Sepak Malaysia, MFL bakal memberi usul "protokol pengurusan penonton" kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi kelonggaran untuk penonton menyemarakkan arena bola sepak musim ini.

Hoki | Pemain THT jalani ujian saringan
Pengendali Terengganu Hockey Team THT, K. Rajan mengesahkan anak buah sudah menjalani ujian swab pada Isnin. Pemain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini, termasuk penyerang skuad kebangsaan, Faizal Saari, bebas daripada virus itu.

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

Malaysia jangka terima tuntutan pampasan penamatan projek HSR dari Singapura akhir Januari
Setakat ini, kerajaan tidak komited atau memuktamadkan sebarang projek termasuk spekulasi bahawa projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru bagi menggantikan HSR KL-Singapura.

Kajian akan dilaksanakan, lihat opsyen terbaik ganti HSR KL-Singapura
Kerajaan dijangka membentangkan cadangan projek baharu dalam tempoh enam bulan.

Pampasan HSR: Singapura belum hantar tuntutan kepada Malaysia
Kerajaan tidak mendedahkan jumlah pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kerana Singapura belum menyerahkan tuntutan kepada Malaysia.

Kerajaan PN mahu pilih vendor projek HSR secara langsung tanpa penglibatan Singapura - Najib
Perikatan Nasional (PN) mahu kemampuan memilih secara langsung vendor untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tanpa sebarang penglibatan Singapura, kata Datuk Seri Naji

Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.

Pembatalan HSR: Malaysia jangka pampasan lebih rendah daripada S$270 juta - Mustapa
Mustapa menjangkakan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura susulan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura jauh lebih rendah.

Pampasan penamatan HSR: Singapura telah belanja S$270 juta
Pampasan penamatan kepada Singapura untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura akan merangkumi pelbagai kos menarik diri, tetapi bukan kos pembelian tanah berikutan nila

HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal sistem projek HSR.

Penamatan HSR hanya isu sementara bagi sektor pembinaan
"Tanpa HSR, fiskal kerajaan akan menjadi kurang terhad, menyediakan peruntukan yang lebih tinggi untuk projek berimpak tinggi yang lain."