awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy

Bernama
Bernama
06/03/2022
09:43 MYT
Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Khairy berkata pihaknya mendapati bahawa penyewaan lokasi PPV Mega tidak lagi 'cost-effective' memandangkan ia melibatkan dewan-dewan persidangan yang besar. - Gambar fail/BERNAMA
PONTIAN: Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mendapati bahawa penyewaan lokasi PPV Mega tidak lagi 'cost-effective' memandangkan ia melibatkan dewan-dewan persidangan yang besar.
"Apabila kita menyewa dewan persidangan ini kita perlu bayar, bukannya percuma jadi kita dah guna sepenuhnya. Sekarang ini, tidak ada keperluan lagi untuk kita kekalkan PPV Integrasi ataupun PPV Mega.
"Selepas ini, hanya memadai untuk kita buat sediakan yang lebih kecil contohnya di klinik swasta dan klinik kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Serkat, Kukup dekat sini hari ini.
Khairy berkata kehadiran penerima vaksin juga tidak lagi seramai sebelum ini dan mungkin disebabkan sebahagian besar penduduk telah menerima vaksinasi.
"Di Johor sahaja lebih 70 peratus dah dapat dos penggalak dan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) pula, boleh dibuat di peringkat sekolah iaitu PPV sekolah," katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata semua PPV Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini.
BACA: PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham turut berkata sehingga tarikh tersebut, vaksinasi COVID-19 secara jumpa terus masih dibuka di PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPV mega
#Pusat Pemberian Vaksin
#tutup PPV Mega
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#kos tinggi
#PPV Integrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan