awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri

Luqman Hariz
Luqman Hariz
06/01/2019
05:12 MYT
Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan negeri akan menerima 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan dalam suku pertama tahun 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini selaras dengan janji yang dibuat kerajaan dalam Belanjawan 2019 yang lalu.
Beliau mengulangi komitmen berkenaan ketika menjawab kenyataan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mendakwa Kerajaan Persekutuan berhutang RM2.7 juta hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.
“Tohmahan YB Datuk Abdul Karim tidak benar. Seorang Menteri Sarawak yang bertanggungjawab dan profesional tidak harus bergantung kepada fitnah semata-mata mencari ruang mengecam Kerajaan persekutuan,” kata Guan Eng.
Ahli Parlimen Bagan itu turut menempelak kenyataan Abdul Karim yang mendakwa kerajaan persekutuan membayar hasil cukai pelancongan kepada Sabah, tetapi tidak kepada Sarawak.
“Kerajaan Persekutuan tidak memihak kepada mana-mana negeri dengan mengagihkan cukai pelancongan kepada negeri tertentu tetapi pada masa yang sama, tidak memberinya kepada negeri Sarawak.
“Setakat ini, tiada agihan cukai pelancongan pernah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#cukai hotel
#cukai pelancongan
#Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#Sarawak
#Tourism Malaysia
#tourism tax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan