awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan bentuk jawatankuasa khas ekonomi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/08/2015
04:47 MYT
Kerajaan akan bentuk jawatankuasa khas ekonomi
Objektif jawatankuasa khas ini antara lain adalah untuk memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang sudah dibangunkan sejak 2008. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata, langkah itu sekali gus mampu membantu kerajaan mencapai kemajuan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
"Objektif jawatankuasa ini untuk memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan dan menjana kemakmuran dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Butirannya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Perdana Menteri semasa berucap melancarkan Persidangan Percukaian Kebangsaan (NTC) 2015, di sini hari ini.
Kata Najib, ekonomi negara kekal kukuh dengan mencatatkan 4.9% pertumbuhan pada suku kedua 2015.
"Sehingga Mei lalu, kadar pengangguran pula mencatatkan 3.1% dan inflasi masih kekal rendah," ujar beliau.
Perdana Menteri berkata beliau juga sentiasa diberikan maklumat terkini oleh wakil daripada sektor ekonomi.
"Minggu lepas, saya bertemu ketua-ketua ekonomi dan penganalisis institusi kewangan tempatan dan asing, dan semalam, pemimpin perniagaan dan korporat.
Pertemuan-pertemuan ini akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri yakin Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN, mampu mencapai sasaran RM871 bilion kutipan hasil cukai dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
"LHDN mencatatkan rekod baru bagi kutipan cukai sejak empat tahun lalu: dari RM110 bilion pada 2011 kepada RM125 bilion pada 2012, RM129 bilion pada 2013 dan RM134 bilion pada 2014," ujarnya.
BACA: GST selamatkan ekonomi negara ketika harga minyak jatuh - Najib
BACA:Najib pertahankan prestasi Malaysia sejak 2009
BACA: Persepsi negatif terhadap ekonomi negara perlu segera dibetulkan - Mustapa Mohamed
NTC 2015 yang berlangsung selama dua hari dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Institut Percukaian Berkanun Malaysia.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#jawatankuasa khas
#Najib Razak
#Putrajaya
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan