Kerajaan dijangka mengumumkan peruntukan bagi meningkatkan jumlah Agrobaazar Rakyat 1Malaysia pada pembentangan bajet 2016.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, peruntukan yang akan diumumkan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu bertujuan membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
"Ramai rakyat mengadu mengalami masalah kos sara hidup yang tinggi dan dengan wujudnya Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, ia dapat membantu mereka," katanya semasa berucap ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kali ke-42 di Pusat Dagnagan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Kementerian dan persatuan-persatuan peladang peringkat negeri dan daerah boleh memikirkan bagaimana bazaar seperti ini dapat diperbanyakkan di seluruh negara seperti yang dilancarkan di Bera dan Kuantan baru-baru ini," katanya.
Menurut Najib lagi, usaha ini sekaligus menjadi tarikan kepada pelancong.
Tambahnya, jumlah peruntukan tersebut akan diumumkan pada belanjawan akan datang.
Pada masa sama, Najib menyeru kepada pengusaha pertanian agar dapat menyalurkan produk pertanian tempatan untuk dieksport ke luar negara khususnya di negara Timur Tengah bagi meningkatkan pendapatan negara.
Norsiah Mohd Ramli
Fri Oct 09 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat memorandum penyataan bersama pemimpin peladang negara pada majlis perasmian mesyuarat agung NAFAS ke-42 Tahun 2015 di PWTC hari ini. - Foto Bernama
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
Kerajaan akan beri peruntukan perbanyak agrobaazar
Kerajaan dijangka mengumumkan peruntukan bagi meningkatkan jumlah Agrobaazar Rakyat 1Malaysia pada pembentangan bajet 2016.