KOTA MARUDU: Menaik taraf kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan menyediakan makanan sedia dimakan menggunakan pek 'retort' merupakan fokus utama kerajaan dalam menambah baik keperluan mangsa banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.
Sehubungan itu, beliau berkata usaha menambah baik kemudahan tersebut terutama melibatkan tandas dan bilik air sentiasa dilakukan, manakala untuk jangka masa panjang kerajaan bercadang membina bangunan PPS kekal di beberapa kawasan berisiko tinggi banjir di negara ini.
"Dewan kita lihat luas untuk dijadikan PPS tetapi ada pula isu kemudahan tandas dan bilik air, manakala sekolah ada kemudahan itu semua tetapi kita tidak mahu pula ganggu sesi pembelajaran. Jadi, semua perkara ini kita sedang lihat dan cari penyelesaian terbaik.
"Secara asasnya, kerajaan setuju bina PPS kekal dan sedang bincang perinciannya, kita buat penelitian di kawasan 'hotspot' banjir seperti negeri ini di Kota Marudu, Pitas dan Beaufort," katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, di sini, semalam.
Sehingga pagi semalam, seramai 13,827 mangsa banjir di Sabah, Johor dan Pahang terjejas dengan bencana itu dan ditempatkan di 73 PPS.
Sementara itu, menurut Armizan kerajaan juga melaksanakan usaha penyediaan makanan sedia dimakan menggunakan pek 'retort' pada musim Monsun Timur Laut kali ini bagi makanan berkualiti dan lebih cepat kepada mangsa banjir.
"Kita mahu makanan pek 'retort' ini menjadi makanan pertama yang diberikan kepada mangsa banjir di PPS. Di Sabah tahun ini kita mula projek rintis dan setakat ini kita telah edarkan lebih 2,400 pek untuk mangsa banjir.
"Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekurangan yang kita sedang tambah baik antaranya pek itu hanya sampai pada hari kedua, ini membuatkan gagal capai matlamat untuk menjadikannya makanan pertama mangsa banjir. Selain itu, isu logistik iaitu pek ini perlu dibawa dari Semenanjung untuk ke Sabah dan Sarawak juga sedang kita atasi," katanya.
Menurutnya selain mempunyai jangka hayat lebih lama iaitu setahun, makanan pek ini mudah disediakan tanpa perlu operasi memasak yang besar sekali gus dapat menjaga kebersihan di PPS.
Dalam pada itu, Armizan berkata persediaan telah dilakukan oleh semua agensi terlibat bagi menghadapi luruan monsun kali ini yang dijangka berlanjutan hingga 4 Feb ini dan bertumpu di timur Semenanjung serta Sabah.
"Pada masa ini usaha kita adalah memberi bantuan dan kemudahan kepada mangsa banjir, selepas monsun ini beransur reda kita akan mula meneliti dan melaksana pelbagai perancangan untuk tambah baik seperti fokus prasarana PPS dan pek 'retort' itu tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Armizan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Tandek Kota Marudu, 28 Jan 2023. --fotoBERNAMA

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Penjawat awam sertai aktiviti pasca banjir dianggap jalankan tugas rasmi, layak terima elaun
Pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan tugas-tugas pasca banjir dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menerima elaun dan kemudahan yang berkelayakan.

267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih
Kesemua 267 infrastruktur komunikasi di Johor yang terjejas akibat banjir kembali beroperasi hari ini termasuk sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

Johor mohon RM168 juta baiki kerosakan jalan, infrastruktur akibat banjir
Untuk kerosakan biasa, kerajaan negeri telahpun memulakan proses pembaikan, namun tidak mencukupi, justeru, memerlukan peruntukan tambahan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Kelantan kenal pasti 15 pusat pemindahan kekal untuk mangsa banjir
Daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.