KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian semula ini penting untuk dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat di negara kita dan di seluruh dunia.
“Kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.
“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19,” kata Muhyiddin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Beliau menegaskan, pendekatan itu selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 secara bersasar.
Melalui sistem tersebut, katanya, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi- lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.
“Saya menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19,” jelas Perdana Menteri lagi.
Sejak beberapa minggu lalu, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dengan kes yang direkodkan pada semalam (Jumaat) sebanyak 3,788, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 408,713.
Sementara jumlah kes aktif setakat ini pula ialah 29,277 kes.
Dalam perkembangan berkaitan, semalam juga, negeri Selangor mendahului senarai dengan 1,265 kes.
Fareez Azman
Sat May 01 2021

Kerajaan akan nilai semula pelaksanaan PKP di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar fail

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Suri rumah tanam lebih 70 jenis sayuran beri pulangan lumayan
Dia mula mencuba nasib menjinakkan diri dalam bidang tanaman ini bagi memenuhi masa lapang ketika pelaksanaan PKP.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.