awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pinda Akta SPRM, tiada lagi 'proxy' kepentingan - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/01/2019
07:55 MYT
Kerajaan akan pinda Akta SPRM, tiada lagi 'proxy' kepentingan - Tun Mahathir
Menurut Tun Mahathir, Kerajaan juga akan melakukan kaedah penambaihbaikan terhadap kaedah perolehan, kriteria pemilihan dan pemantauan projek. - Gambar fail
Kerajaan akan meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi membenarkan pihak berkuasa mengetahui siapa pemilik sebenar sesuatu kepentingan ketika menjalankan siasatan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka akan memasukkan peruntukan baharu, iaitu mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari (beneficial ownership) ke dalam akta tersebut.
“Kita hendak ubah undang undang supaya kita dapat cekup.. Atau kita dapat kenal pasti pemilik sebenar sesuatu kepentingan dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) 1/2019 di Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan melihat perkara itu ada keperluan memandangkan terjadinya banyak kes dimana nama individu lain digunakan sebagai ‘proksi’ terhadap sesuatu kepentingan bagi mengelakkan pemilik asal terdedah kepada kebarangkalian dikenakan tindakan.
BACA: Jika perkara itu berfakta, tak boleh dianggap 'menghina' Raja - Tun Mahathir
BACA: 1MDB: Laporan WSJ hanya sekadar laporan - Tun Mahathir
Selain itu, mesyuarat berkenaan turut memutuskan agar kerajaan perlu meminimakan ‘off-budget’ dalam perbelanjaan mulai tahun ini.
"Kita dapati banyak 'weaknesses' dalam pengurusan kewangan kerajaan, terutamanya off-budget, yang kadang kadang peruntukan ini lebih besar dari bajet asal,” katanya.
Kerajaan juga akan melakukan kaedah penambaihbaikan terhadap kaedah perolehan, kriteria pemilihan dan pemantauan projek.
“Kriteria wajib lulus diwujudkan di mana perunding mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Profesional bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan serta berintegriti tinggi.
“Proses pemilihan lead consultant (ketua konsultan) dapat dikurangkan sebanyak sembilan proses berbanding sebelum ini, dan ini menjimatkan masa pelaksanaan dan memberi nilai faedah yang terbaik kepada kerajaan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Media
#nilai
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan