awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan alu-alukan perundangan terhadap sabotaj ekonomi

Bernama
Bernama
30/10/2018
13:57 MYT
Kerajaan alu-alukan perundangan terhadap sabotaj ekonomi
AZMIN: Kita menganggap ini sebagai sabotaj kepada ekonomi dan sudah tentu kita mahukan penalti yang serius dan hukuman dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerajaan mengalu-alukan cadangan untuk menggubal Akta Sabotaj Ekonomi memandangkan ia akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, undang-undang dicadangkan itu juga akan membendung penjualan kontrak dan Permit Import (AP)
"Projek dijamin dan AP yang diberikan kepada mereka (pemilik perniagaan) sebelum ini, dijual untuk mendapatkan keuntungan cepat daripada urusniaga berkenaan
"Kita menganggap ini sebagai sabotaj kepada ekonomi dan sudah tentu kita mahukan penalti yang serius dan hukuman dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis penutup Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018, di sini, hari ini.
Undang-undang itu dicadangkan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pada pembentangannya di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018, awal bulan lepas.
Azmin berkata, cadangan itu masih di peringkat awal dan kerajaan berminat untuk membicangkannya dengan lebih lanjut dengan GIACC.
Tambahnya, kerajaan juga akan melihat untuk memperkukuhkan peruntukan sedia ada dan undang-undang tanpa memperkenalkan Akta baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Sabotaj Ekonomi
#AP
#Azmin Ali
#ekonomi
#Malaysia
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#permit import
#Sidang Kemuncak Anti Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan