awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bantu lupus hutang koperasi polis - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/06/2025
05:46 MYT
Kerajaan bantu lupus hutang koperasi polis - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun kerajaan tidak menghapuskan hutang tersebut secara sepenuhnya, sebaliknya memberi pengecualian munasabah. - Foto/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan untuk melupuskan hutang yang ditanggung oleh Kolej UNIKOP di bawah Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun kerajaan tidak menghapuskan hutang tersebut secara sepenuhnya, sebaliknya memberi pengecualian munasabah.
Tegas Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sebarang langkah sedemikian mesti dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan penekanan kepada pengurusan koperasi yang mampan.
“Saya berpandangan begini, tidak wajar untuk lupus semua, tetapi berdasarkan prestasi baik pengurusan polis, kita akan berikan potongan yang munasabah.
“Saya minta Koperasi PDRM berikan laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga saya. Pada masa sama, kita akan lihat sama ada Menteri Kewangan (MoF) boleh mencari jalan lain.
“Misalnya, satu projek yang diberikan (MoF) memanfaatkan 100,000 anggota polis, itu saya beri jaminan,” katanya.
Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-90 (MAPT90) KPDRM Berhad di ibu negara pada Jumaat.
Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Perdana Menteri menambah pertemuan bersama pihak KPDRM Berhad akan dilaksanakan bagi memperincikan tunggakan hutang.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hutang Koperasi Polis
#PDRM
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan