KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi memastikan kepentingan dan hak wanita dapat terus dijaga kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian.
Katanya, menerusi inisiatif itu, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami.
"Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.
"Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.
Sementara itu, bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.
Katanya, kerajaan juga memberi sebanyak 30 peratus kuota wanita dalam Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022

Tindakan itu dibuat kerajaan bagi memastikan kepentingan dan hak wanita dapat terus dijaga kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian. - Astro AWANI/Shahir Omar

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih RM 1 juta membangunkan makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Laporan Khas | Pemilik lot tanah Bukit Tabur bersuara
"Kami hanya mahu berkebun di atas tanah sendiri..." Ini luahan beberapa pemilik lot tanah di Bukit Tabur, yang sebelum ini didakwa cuba menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan. Susulan pendedahan Astro AWANI baru-baru ini bertajuk Bukit Tabur makin terabur?, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan berlaku kerja meratakan tanah tanpa permit di kawasan tersebut. Ikuti penjelasan daripada pemilik lot tanah berhubung situasi sebenar, dan benarkah tindakan mereka bakal merosakan alam sekitar?

Hari Kemerdekaan | Nyanyian Farel Prayoga buat menteri berjoget
Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 disambut meriah di Istana Presiden, Jakarta pada Rabu. Namun mencuri tumpuan pada majlis itu ialah Farel Prayoga yang hanya berusia 12 tahun, apabila dia 'menggoyangkan' istana dengan dendangan lagu berbahasa Jawa, sehingga beberapa menteri turut berjoget bersamanya.

Jururawat di HSI akan ditambah - Onn Hafiz
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jururawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meringankan tanggungan kerja di hospital itu.

Skandal LCS | “Siapa yang bersalah, tetap bersalah”
Mengulas mengenai pendakwaan terhadap bekas Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, atas tiga pertuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) berkaitan dana syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd, Hishammuddin yakin pihak berkuasa telah menjalankan siasatan sewajarnya. Katanya, beliau tetap dengan pendirian, siapa sahaja termasuk dirinya jika bersalah akan tetap bersalah.

Skandal LCS | "Sila laksanakan" arahan Zahid kepada SUB MINDEF
Surat daripada Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Senarai Hitam | DBKL tutup Crackhouse Comedy Club selamanya
Pemilik Crackhouse Comedy Club kini tidak lagi dibenarkan daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara.

Keluarga Malaysia dijemput saksi perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Keluarga Malaysia dijemput untuk berada di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang sekian lama tidak dapat diadakan.

Pertemuan PM-PN: PN tetap berusaha untuk bertemu dengan PM
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan.

Pertemuan PM-PN: Shahril bidas Wan Saiful
Wan Saiful menyifatkan perjumpaan Perdana Menteri dengan dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, bukan perjumpaan rasmi.

Teruskan projek Mara Digital - Ismail Sabri
Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah diarah meneruskan projek Mara Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT).

Bajet 2023 beri penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prestasi ekonomi negara kini berada di landasan kukuh untuk kembali pulih dan berdaya tahan.

Ismail Sabri serlahkan ciri baharu diplomasi Malaysia
Usaha Ismail Sabri menggunakan bahasa kebangsaan dalam dasar luar negara, wajar dihargai.

Pembangunan Kertas Putih Kesihatan tepat pada masanya - PM
Pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertepatan pada masanya, bagi merealisasikan sistem kesihatan Malaysia yang lebih berdaya tahan.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kesepakatan jentera Wanita BN perlu diperkukuh hadapi senario politik semakin mencabar - Ismail Sabri
Kesepakatan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan lagi dengan melaksanakan perancangan dan strategi baharu dalam menghadapi satu lagi senario politik yang semakin mencabar.

Pertumbuhan ekonomi: Sangkal dakwaan pembangkang negara akan bankrap - Ismail Sabri
Memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk meningkatkan pelaburan apabila kerajaan berpendirian untuk tidak menutup semula sempadan negara.

PRU15: Parlimen dibubar selepas Wanita BN lengkapkan kajian sikap - Ismail Sabri
Naib Presiden UMNO itu menambah, perbincangan akan dilakukan oleh pemimpin tertinggi parti atau Top 5 UMNO sebaik sahaja kajian sikap tersebut dilengkapkan.