awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy

Bernama
Bernama
26/05/2019
21:00 MYT
Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy
Waytha Moorthy (duduk, kanan) berbual dengan Munower (duduk, kiri) di Majlis Perjumpaan Masyarakat India Muslim Pulau Pinang di Kompleks Masyarakat Penyayang, George Town, 26 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan hak masyarakat India Muslim di negara ini dilindungi serta suara mereka akan didengari di peringkat persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa masyarakat itu bimbang bahawa hak komuniti itu dipinggirkan dan suara mereka tidak diwakili di peringkat kerajaan persekutuan.
"Saya bersedia mendengar masalah mereka dan cuba membantu kerana saya ditugaskan untuk menjaga kebajikan kaum India termasuk India Muslim," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri sesi dialog tertutup dengan pelbagai persatuan India Muslim anjuran Persatuan PELITA, di sini pada Ahad.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang, Munower Sadiq berkata antara isu yang dihadapi oleh masyarakat itu ialah kekurangan tenaga pekerja dalam bidang penyediaan makanan dan minuman serta kedai emas milik pengusaha India Muslim.
Justeru, beliau, berharap kerajaan akan menyemak semula dasar penggajian pekerja asing dalam dua sektor tersebut bagi mengelak ramai pengusaha India Muslim gulung tikar, gara-gara kekurangan tenaga pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dasar penggajian
#hak
#India Muslim
#kekurangan tenaga pekerja
#kerajaan Persekutuan
#Munower Sadiq
#pekerja asing
#suara
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan