awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belanja RM31 juta kos perundangan tuntutan Sulu - Azalina

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/02/2023
06:59 MYT
Kerajaan belanja RM31 juta kos perundangan tuntutan Sulu - Azalina
Kerajaan telah membelanjakan RM31 juta bagi kos perundangan terhadap tuntutan Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah Sabah, dalam tempoh empat tahun, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membelanjakan RM31 juta bagi kos perundangan terhadap tuntutan Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah Sabah, dalam tempoh empat tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kos itu termasuk bayaran perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan yang bermula dari 20 November 2019 hingga 20 Januari lalu.
"Secara khususnya fi guaman dan bayaran sahaja sebanyak RM36,000 (2019), RM167,000 (2020), RM8.2 juta (2021), RM13.5 juta (2022) dan RM5.4 juta (2023).
"Ia memababitkan pengendalian kes mahkamah di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda," katanya menerusi jawapan bertulis pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kos guaman yang telah dibelanjakan bagi menghadapi tuntutan daripada waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia.
Azalina dalam masa sama turut menjelaskan, keputusan permohonan rayuan oleh Malaysia terhadap perintah Mahkamah Peranci bertarikh 29 September lalu dijangka dikeluarkan pada Jun ini.
Januari lalu, Azalina memaklumkan, Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dipohon oleh pewaris berkenaan.
Waris kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.
Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#kesultanan sulu
#pajakan sulu
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan