Kerajaan belum bercadang melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari untuk penjawat awam kerana mengambil kira tahap produktiviti negara yang perlu dipertingkatkan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walaupun kerajaan mengambil maklum kebaikan sistem berkenaan, namun buat masa ini ia dilihat belum sesuai dilaksanakan.
"Namun begitu kerajaan kini melaksanakan waktu bekerja berperingkat bagi memberi fleksibiliti yang mana pegawai boleh memilih waktu bekerja sesuai untuk mereka.
"Waktu berkenaan ialah 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi hingga 5 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Siti Zailah bertanya sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari dan waktu bekerja anjal khususnya bagi kakitangan awam wanita yang sudah berkeluarga.
Mengulas lanjut, Shahidan berpandangan untuk mencapai status negara maju, produktiviti seharusnya tidak dikurangkan, seperti yang diamalkan beberapa negara maju yang masih melaksanakan sistem kerja lapan jam.
"Jepun, Britain dan Singapura, negara-negara berkenaan masih kekal melaksanakan sistem kerja lapan jam walaupun telah mencapai tahap negara maju," katanya.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah sama ada kerajaan bercadang menyelaraskan Jumaat sebagai cuti hujung minggu, Shahidan berkata perkara itu terpulang kepada dasar kerajaan negeri. --BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2016
Shahidan berkata walaupun kerajaan mengambil maklum kebaikan sistem berkenaan, namun buat masa ini ia dilihat belum sesuai dilaksanakan. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan belum bercadang laksana sistem kerja enam jam - Shahidan
Kerajaan belum bercadang melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari untuk penjawat awam kerana mengambil kira tahap produktiviti negara yang perlu dipertingkatkan ke arah mencapai status negara m
Cadangan waktu bekerja enam jam hanya untuk orang malas - Cuepacs
Mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.
Pelan induk pengurusan sumber manusia yang holistik sedang dirangka
Datuk Seri Richard Riot berkata cadangan pengurangan masa bekerja kepada enam jam sehari akan turut dikaji pelaksanaannya.