KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan untuk membolehkan tanah kerajaan dibuka seluasnya untuk diusahakan rakyat di bawah Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Tani (IPR-Intan).
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata buat masa ini 1,100 ekar tanah telah dibuka di seluruh negara, semuanya itu di atas tanah kerajaan, kerana infrastruktur pertanian moden yang dibangunkan melalui IPR-Intan.
"Ini sudah memadai (dengan) penerima-penerima di seluruh negara mula menyertai pertanian moden, yang pulangannya memberi gaji sekurang-kurang RM2,000 sebulan kepada warga miskin tegar," katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit bagi mempermudahkan syarat pemilikan tanah untuk semua kelompok desa dan rumah panjang menerima program IPR-Intan.
Selain itu, Kementerian Ekonomi juga meneliti program yang boleh melibatkan lebih banyak tanah selain tanah kerajaan termasuk tanah swasta bagi projek IPR-Intan, yang akan meliputi syarat dan perjanjian yang sah untuk membolehkan peruntukan dan pelaburan kerajaan dilindungi.
"Kebimbangan saya, contohnya kalau kita terlalu memudahkan sehingga kita tidak mengambil kira perkara-perkara terutamanya melibatkan pemilikan, akan membolehkan pihak tertentu mengambil kesempatan melalui tindakan undang-undang dan sebagainya," kata beliau.
Rafizi berkata faktor unik pemilikan tanah di Sabah dan Sarawak juga sedang diperhalusi dan mengambil kira semua semua pandangan undang-undang, sebelum keputusan diambil.
"Cuma keadaannya sekarang tanah-tanah yang kerajaan ada, baik kerajaan Persekutuan di bawah Pejabat Tanah dan Galian, ataupun kerajaan negeri, tanah-tanah ini sudah cukup luas untuk kita bangunkan sebelum kita masuk ke tanah-tanah persendirian dan swasta," kata beliau.
Menjawab soalan Senator Hussin Ismail mengenai harga premium tinggi yang dikenakan ke atas tanah kerajaan, Rafizi berkata modal untuk melaksanakan satu infrastruktur pertanian moden melibatkan jutaan ringgit dan ia memerlukan beberapa pusingan tuaian, sebelum teknologi dan pasaran boleh diperbetulkan.
"Malah ia juga perlu dilaksanakan pada skala yang besar. Di tapak-tapak Intan, sekurang-kurang 20-30 ekar ke atas," katanya.
Rafizi berkata hak menentukan premium itu adalah hak kerajaan negeri, kerana ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan kerajaan negeri.
Beliau berkata apa pun peraturan untuk menetapkan premium itu, ia mestilah pada keadaan yang membolehkan kerajaan negeri mendapatkan hasil mencukupi dan pada masa yang sama, tanah-tanah yang diberikan ini dapat dibangunkan dengan berkesan, supaya ia ada limpahan ekonomi.
"Jadi sebab itu, kita di Kementerian Ekonomi apabila kita membangunkan Intan, kita telah melihat kekangan dan kegagalan yang lepas, apabila tanah diberikan kepada usahawan tetapi mereka tidak ada modal untuk membangunkannya, akhirnya tanah itu terbiar atau tanah diberikan kepada orang," kata beliau.
Oleh sebab itu, Rafizi berkata kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan, adalah lebih baik tanah kerajaan Persekutuan dan tanah kerajaan negeri diberi dalam tempoh lima tahun untuk kerajaan Persekutuan membangunkan infrastruktur dan akan memberi pekerjaan di atas satu tapak.
"Ia dikawal sepenuhnya serta modal datang dari kerajaan dan akhirnya aset ini, aset kerajaan yang boleh digunakan peserta, dan peserta boleh diganti dari satu kohort ke satu kohort yang akan datang," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Rafizi berkata buat masa ini 1,100 ekar tanah telah dibuka di seluruh negara, semuanya itu di atas tanah kerajaan, kerana infrastruktur pertanian moden yang dibangunkan melalui IPR-Intan. - Gambar fail/Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kerajaan beri tumpuan untuk buka tanah kerajaan di bawah IPR-Intan
Kerajaan memberi tumpuan untuk membolehkan tanah kerajaan dibuka seluasnya untuk diusahakan rakyat di bawah Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Tani (IPR-Intan).