awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Perak bongkar sindiket penyelewengan diesel di Ipoh
KESUMA jalankan kajian lanjut, perhalusi pelaksanaan dasar baharu penggajian ekspatriat - Ramanan
KSN seru tingkatkan komunikasi, kurangkan 'Bahasa Putrajaya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang guna MyDigital ID, sahkan umur pemilikan akaun media sosial

Bernama
Bernama
24/11/2025
09:38 MYT
Kerajaan cadang guna MyDigital ID, sahkan umur pemilikan akaun media sosial
Teo berkata langkah itu bertujuan memastikan pengguna platform media sosial tidak tergolong dalam lingkungan umur 16 tahun ke bawah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menggunakan MyDigital ID sebagai satu daripada mekanisme untuk mengesahkan umur pemilik akaun media sosial, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
"Cadangan kerajaan adalah menggunakan MyDigital ID sebagai satu daripada alat atau mekanisme untuk mengesahkan umur pengguna media sosial. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama penyedia platform," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin mengetahui bagaimana kerajaan melaksanakan larangan kanak-kanak bawah 16 tahun memiliki akaun media sosial dan cabaran pelaksanaannya terhadap platform media sosial antarabangsa.
Teo berkata langkah mengehadkan umur pemilikan akaun media sosial bukanlah perkara baharu, memandangkan beberapa negara, termasuk Australia, telah melaksanakan pendekatan serupa lebih awal.
Dalam perkembangan berkaitan, Teo berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 812 aduan berkaitan penyebaran kandungan atau berita palsu di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga 20 November lepas, yang direkodkan melalui Consumer Redress Portal (CRP).
Beliau berkata antara aduan yang diterima melibatkan penyebaran kandungan palsu berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat, seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
"Selain itu, terdapat juga aduan berhubung penyebaran maklumat palsu yang bertujuan menimbulkan keresahan dan panik dalam kalangan masyarakat," katanya.
Teo menjawab soalan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) mengenai statistik aduan rakyat berkaitan liputan Internet/5G dan penyebaran berita palsu di platform media sosial, termasuk jumlah aduan, tindakan yang diambil, dan trend sejak awal 2025 hingga kini di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyDigital ID
#Teo Nie Ching
#media sosial
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan