Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memansuhkan hukuman sebatan terhadap kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah selaras dengan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata cadangan pindaan terhadap akta tersebut mengambil kira isu-isu semasa yang berkaitan dengan kanak-kanak seperti peningkatan kes kecuaian ibu bapa dalam penjagaan kanak-kanak.
"Hukuman sebatan kepada kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah yang dilaksanakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) dimansuhkan.
"Kami tidak mahu sebatan terhadap penjenayah kanak-kanak. Tiada sebatan," tegas beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau sebelum itu membentangkan untuk kali pertama RUU Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Rohani, kira-kira 70 peratus kandungan di dalam RUU tersebut akan dipinda.
Selain itu, kementerian tersebut turut mengemukakan syor untuk memperkenalkan Perintah Khidmat Masyarakat (CSO).
"CSO ini akan diperkenalkan kepada kanak-kanak yang ada konflik dengan undang-undang (kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah)...termasuklah pesalah dewasa (ibu bapa/penjaga) yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.
"Hukuman ini bertujuan supaya pesalah ini selain daripada dihukum dengan hukuman penjara dan denda boleh diberikan pemulihan atau rehabilitasi dengan melaksanakan atau melalui kerja komuniti, kaunseling dan program-program keinsafan dan keibubapaan," jelas Rohani.
Menurut Rohani, pihaknya juga turut mengemukakan syor penempatan kanak-kanak dalam Penjagaan Berasaskan Keluarga bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, abai dan tidak terkawal.
"Mahkamah hendaklah memberi keutamaan kepada penjagaan berasaskan keluarga semasa mengeluarkan perintah perlindungan kepada kanak-kanak.
"Perintah penempatan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dijadikan pilihan terakhir melainkan untuk kepejntingan kanak-kanak," katanya.
Kerajaan pada masa sama turut mengemukakan cadangan supaya denda dan pemenjaraan terhadap mereka yang mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak dinaikkan kepada RM50,000 dan hukuman penjara ditambah kepada 20 tahun.
Jelas Rohani, pindaan tersebut akan dikuatkuasakan oleh pihak JKM, polis dan Jabatan Penjara Malaysia setelah RUU Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 itu diluluskan Parlimen.
Akta 611 telah digubal bagi mengadakan satu undang-undang yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 02 2015
Kementerian tersebut turut mengemukakan syor untuk memperkenalkan Perintah Khidmat Masyarakat (CSO). - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.