SUNGAI PETANI: Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas) dalam usaha memastikan industri perkhidmatan bas lebih berdaya saing dan selamat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ini berikutan pihaknya menerima maklumat daripada pengusaha-pengusaha perkhidmatan bas bahawa mereka sukar mendapatkan individu yang mahu bekerja sebagai pemandu bas.
"Kita memang kekurangan pemandu bas, sama ada pemandu bas henti-henti atau bas ekspres. Saya difahamkan oleh pengusaha-pengusaha industri bas memang sukar untuk mendapat pemandu bas, bukan sahaja sukar untuk rekrut tetapi juga untuk kekalkan.
"Sebab itu kita buat program ini, nak melatih pemandu untuk mendapat lesen E. Kita mahu melahirkan pemandu-pemandu yang baik, berhemah supaya memastikan industri perkhidmatan bas juga dapat berdaya saing dan selamat, itu yang penting," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan di sebuah hotel di Sungai Petani, pada Selasa.
Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Mengulas lanjut, Loke berkata penghijrahan pemandu bas ke Singapura untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi juga menjadi antara punca negara kekurangan pemandu bas.
"Sebab itu kita berhasrat melaksanakan satu program untuk melatih dan melesenkan pemandu-pemandu bas. Program itu sama seperti yang kita lancarkan hari ini, calon yang layak akan mengikuti kelas di institut memandu dan menduduki ujian, semua ditanggung oleh kerajaan. Kita jangka program ini akan dlaksanakan tahun ini juga," katanya.
Sementara itu, seramai 9,000 calon terdiri daripada golongan B40 di menerima manfaat menerusi Program MyLesen B2.
"Sebanyak RM2.7 juta diperuntukkan merangkumi kos ujian dan latihan dengan kos RM300 bagi setiap calon. Seramai 306 calon yang akan mengikuti program bagi kumpulan pertama ini dan ia akan diteruskan ke seluruh negara," katanya lagi.
Program MyLesen B2 bagi membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu Kelas B2 (motosikal) ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan Madani 2023 yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan Malaysia menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 30 2023

Loke ditemui selepas melancarkan Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan di sebuah hotel di Sungai Petani, pada Selasa. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.

Kerajaan cadang perluas pelaksanaan MyLesen - Loke
Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas).

Program MyLesen bantu remaja miliki lesen motosikal pada kos rendah
Program MyLesen bertujuan membantu remaja berumur 16 tahun ke atas khususnya pelajar sekolah mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kos lebih rendah.

Cadangan diskaun 50 peratus lesen motosikal kepada pelajar cemerlang SPM
Walaupun telah ditetapkan harga siling kos mendapatkan lesen motosikal, tetapi didapati ramai pelajar yang menggunakan motosikal ke sekolah tidak mempunyai lesen kerana faktor ketidakmampuan keluarga.