awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang wujud Akta Kebencian Agama dan Kaum

Bernama
Bernama
24/07/2018
08:45 MYT
Kerajaan cadang wujud Akta Kebencian Agama dan Kaum
Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook. - Gambar fail
Kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
"Agama juga perlu diberi perlindungan kerana mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Sri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai persediaan kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam termasuk menggubal rang undang-undang baharu.
Dalam pada itu, Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook.
"Kami belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada pihak polis untuk kami teliti seterusnya melihat aspek-aspek yang boleh dikawal agar Islam sebagai agama Persekutuan itu dihormati oleh semua pihak termasuk juga untuk agama lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#akta
#Dewan Rakyat
#Facebook
#hina
#Islam
#kaum
#kebencian
#laporan polis
#media baharu
#Mujahid Yusof Rawa
#perlindungan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan