awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dan majikan mesti labur, teroka aplikasi AI dalam dunia pekerjaan - Perunding Sumber Manusia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
02/05/2023
02:00 MYT
Kerajaan dan majikan mesti labur, teroka aplikasi AI dalam dunia pekerjaan - Perunding Sumber Manusia
Penggunaan teknologi baharu ini akan mampu menggalakkan penyertaan wanita dalam pasaran kerja negara. - Foto AFP RELAX
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan majikan perlu melabur serta meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi dan perusahaan.
Perunding Pembangunan Sumber Manusia, Faizal Riduan berkata ini bagi memastikan aturan kerja fleksibel boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan, dengan keupayaan teknologi baharu itu untuk memantau aktiviti pekerja.
“Bila kita sebut tentang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi, saya rasa majikan dan kerajaan perlu melabur untuk benda seperti ini bagi memantau aktiviti pekerja. Kita perlu teroka AI ini untuk memantau produktiviti dan progres pekerja.
“Dan saya rasa kerajaan perlu bantu di sini. Sebelum ini kerajaan beri dana untuk sistem pembayaran gaji. Sistem itu bagus tetapi kerajaan perlu teroka supaya aturan kerja fleksibel ini boleh menjadi budaya kita di Malaysia,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Faizal menjelaskan, dengan penggunaan teknologi baharu ini mampu menggalakkan penyertaan wanita dalam pasaran kerja negara. Malah, ia akan membantu mengekalkan wanita terus bekerja.
“Satu isu di Malaysia yang perlu kita pertimbangkan ialah kita kekurangan penyertaan tenaga buruh wanita. Padahal wanita kita yang lebih berpendidikan, tetapi bila masuk industri, dia kahwin, melahirkan anak seorang, kemudian terus hilang. Dia akan jadi suri rumah.
“Sebab industri kita tidak begitu menyokong wanita dan ibu berkerjaya. Kadar penyertaan wanita kita dalam pasaran kerja hanya 55 peratus. Kalau kita tengok negara jiran seperti Singapura, kadar penyertaan pekerja wanita mereka 69.7 peratus, manakala Thailand 66.8,” katanya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#kecerdasan buatan
#AI
#keupayaan tekbologi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan