KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang membentuk sebuah suruhanjaya bebas yang dipertanggungjawabkan kepada Parlimen untuk memantau pelaksanaan perkara berkaitan pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk Akta OKU 2008.
Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mewakili komuniti OKU di Dewan Negara menerusi kenyataan hari ini berkata penubuhan suruhanjaya itu akan membolehkan golongan berkenaan menyalurkan sebarang bentuk aduan, rayuan dan petisyen berkaitan pelanggaran hak OKU.
"Suruhanjaya untuk OKU ini mesti diberikan kekuatan dan sumber daya, serta kuasa untuk menyiasat aduan pelanggaran hak OKU selaras dengan Undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ketika ini, kerap berlaku isu diskriminasi, pelanggaran hak OKU, penderaan kanak-kanak OKU dan sebagainya.
"Perkara ini wajar dilaksanakan dengan kadar segera oleh kerajaan bagi melindungi hak dan kebajikan komuniti OKU di negara ini dan akan menjadi titik tolak dalam menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan OKU termasuk penderaan kanak-kanak OKU," katanya.
Presiden OKU Sentral itu berkata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai peranan luas, tidak dapat memberikan tumpuan khusus kepada isu dan permasalahan OKU di negara ini.
Memberi contoh di India, Ras Adiba berkata suruhanjaya khas untuk OKU ditubuhkan di bawah Kementerian Keadilan Sosial dan Pemerkasaan, dengan Ketua Pesuruhjaya diberi mandat menyelaras kerja Pesuruhjaya OKU Negeri, memantau penggunaan dana serta mengambil langkah melindungi hak dan kemudahan bagi OKU.
Beliau turut mengusulkan penubuhan tribunal untuk OKU, membabitkan pakar dalam isu hak golongan itu bagi menangani kes-kes yang melibatkan pelanggaran Akta OKU 2008.
"Tribunal ini memberikan akses keadilan yang jauh lebih murah dan cepat, serta kurang menimbulkan masalah dan tekanan berbanding mahkamah biasa.
"Bagi merealisasikan komitmen kerajaan menerusi slogan Keluarga Malaysia, saya berharap agar kerajaan dapat melipatgandakan usaha, dalam memperkasakan komuniti OKU di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Ras Adiba turut mengusulkan penubuhan tribunal untuk OKU, membabitkan pakar dalam isu hak golongan itu bagi menangani kes-kes yang melibatkan pelanggaran Akta OKU 2008. - Bernama

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa Pas kawasan berkenaan Oktober lepas. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas kawasan Tumpat dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
Seramai 10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50 ribu penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah Dan Galian.

AWANI Ringkas: harga binaan mahal

Kepentingan Pekerja | GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah
Semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC laksana program kesedaran dan latihan
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

'Mana ada kem, satu kem saja dalam UMNO' - Ismail Sabri nafi dakwaan parti berpecah
Ia susulan pandangan penganalisis politik yang mendakwa pendedahan Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Danial Zaini sah bergelar suami kepada Yasmine, beri wang hantaran RM17,777.77
Dalam majlis yang cukup indah itu, turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaharu Danial Zaini yang bertajuk -HATI- yang ditulis khas oleh Danial sendiri.

Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim
Walaupun 2050 masih jauh, tetapi persoalannya ialah apakah pencapaian yang hendak dicapai negara ke arah itu.

Kerajaan dicadang tubuh suruhanjaya bebas bela OKU - Ras Adiba
Penubuhan suruhanjaya itu membolehkan golongan berkenaan menyalurkan sebarang bentuk aduan, rayuan dan petisyen berkaitan pelanggaran hak OKU.

Wujudkan Suruhanjaya Bebas Antirasuah - IDEAS
Cadangan itu berikutan kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021.

Status RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan mesyuarat, pertanyaan itu diajukan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) kepada Menteri Dalam Negeri.

Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.

Status terkini Tabung Harapan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Turut menarik perhatian ialah rang undang-undang bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk, yang akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan.

RUU IPCMC ditarik balik, diganti dengan RUU baharu - Takiyuddin
RUU baharu itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu depan (26 Ogos) dan menurutnya sebelum ini RUU IPCMC 2019 dijadualkan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama.

RUU IPCMC akan diperhalusi semula - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalang bangkit isu perkauman, agama hanya bebankan polis - KPN
Selepas 62 tahun merdeka, kita sepatutnya bijak tapi sedih... nampak negara makin kurang matang pemikiran, mendukacitakan, isu ini bebankan PDRM, kata Abdul Hamid.

IPCMC ditangguh untuk penambahbaikan - Liew
Penangguhan pembentangan Rang Undang-undang IPCMC 2019 adalah untuk penambahbaikan menerusi pandangan daripada pihak berkepentingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.