awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa beri kelonggaran cukai import peralatan tangkapan ikan - Nekmat

Bernama
Bernama
15/08/2016
23:10 MYT
Kerajaan digesa beri kelonggaran cukai import peralatan tangkapan ikan - Nekmat
Mohamad berkata pihaknya berharap kerajaan juga memberi keistimewaan kepada persatuan nelayan dalam menguruskan penjualan runcit minyak berbanding kepadada invidividu atau pihak luar. - Gambar fail
Kerajaan digesa mencari kaedah mengurangkan kos nelayan dengan memberi kelonggaran atau keistimewaan terhadap cukai import yang dikenakan kepada peralatan tangkapan ikan selama ini.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Datuk Mohamad Dolmat berkata kebanyakan kos peralatan tangkapan ikan seperti jaring, enjin dan pukat semakin meningkat selepas berlaku penyusutan nilai ringgit sejak tahun lepas.
"Kita harap kerajaan ada kaedah lain menangani masalah ini, tukaran mata wang kita tidak boleh control jadi kerajaan perlu longgarkan cukai import peralatan tangkapan ikan bagi mengurangkan kos nelayan.
"Sekiranya kos bertambah dan nelayan pula terpaksa mengeluar modal yang lebih maka hasil tangkapan akan mahal," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian mesyuarat agung Tahunan persatuan itu kali ke-31 di sini malam tadi.
Mesyuarat dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir ialah timbalannya Nogeh Gumbek dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Mohamad berkata selain itu pihaknya berharap kerajaan juga memberi keistimewaan kepada persatuan nelayan dalam menguruskan penjualan runcit minyak berbanding kepadada invidividu atau pihak luar.
Jelasnya, kos minyak diesel merupakan kos utama dalam kos penangkapan ikan iaitu sebanyak 60 peratus.
Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan Kad Etika Insurans Nelayan oleh Syarikat Etiqa Takaful Berhad yang menyediakan pampasan RM150,000 membabitkan kematian akibat kemalangan di laut manakala pampasan RM110,000 bagi kematian selain di laut.
Topic Berkaitan
#Mohamad Dolmat
#NEKMAT
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan