awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa perkukuh soal perpaduan, pantau ektremis politik - ABIM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/12/2022
06:55 MYT
Kerajaan digesa perkukuh soal perpaduan, pantau ektremis politik - ABIM
Muhammad Faisal berkata, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengheret isu agama dan kaum untuk dijadikan bahan serangan politik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan agar mengawal ektremis politik yang melampau sehingga mampu meretakkan aspek perpaduan negara.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, situasi lebih buruk apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab yang turut mengheret isu perkauman dan agama untuk dijadikan sebagai bahan serangan politik.
“Kami melahirkan kegusaran terhadap sentimen perkauman sempit serta kebencian menggunakan agama secara melampau yang cuba diapi-apikan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang jelas akan meletakan negara di ambang perpecahan dan kehancuran.
“Lebih mendukacitakan, sentimen ini cuba diheret ke pentas politik utama sehingga ia menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan rakyat akan perihal politik negara.
“Kami juga meletakkan harapan kepada Perdana Menteri untuk memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan kaum, yang menjadi teras kestabilan negara, dengan pendekatan bersepadu bagi mewujudkan suasana hidup bersama dalam budaya damai menjadi kenyataan,” katanya menerusi sidang media secara maya pada Isnin.
Ujar Muhammad Faisal, rakyat sememangnya sudah cukup muak untuk menyaksikan drama politik yang tiada kesudahan sehingga soal sensitiviti tidak lagi dipelihara.
Mengambil contoh situasi yang berlaku menerusi ‘Langkah Sheraton’, ia merupakan satu iktibar yang perlu diambil semua pihak khususnya ahli politik agar mandat rakyat tidak lagi dicabuli.
“Peristiwa ‘Langkah Sheraton’ adalah mimpi ngeri yang harus dijadikan iktibar bagaimana nasib serta mandat rakyat telah dicabul demi memuaskan nafsu politik sesetengah individu.
“Justeru tiba masanya untuk semua ahli politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk berjiwa besar berperanan mengeratkan semula perpaduan kaum dan agama berasaskan semangat rukun negara dan perlembagaan persekutuan,” katanya lagi.
Tegasnya, semua pihak ketika ini sewajarnya menumpukan soal kos sara hidup bagi membela nasib golongan rentan termasuk usaha pemulihan ekonomi secara menyeluruh.
Topic Berkaitan
#ABIM
#perpaduan
#Kerajaan Perpaduan
#Muhammad Faisal Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan