IPOH: Kerajaan perlu mengkaji semula kadar kenaikan harga tiket feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut dan Jeti Marina Island yang disifatkan terlalu drastik bagi pulau peranginan yang kecil itu.
Pengerusi Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor Mohd Zamzuri Suid berkata kajian boleh dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat kaedah lain yang boleh dilakukan tanpa mengenakan kenaikan harga terlalu tinggi kerana ia membebankan pelancong golongan pertengahan dan bukan mewah.
"Pangkor ini tidak terlalu banyak aktiviti pelancongan seperti pulau lain malah produk bebas cukai juga adalah terhad. Kalau kita lihat Pulau Langkawi mempunyai pelbagai aktiviti termasuk kereta kabel yang sememangnya berbaloi bagi pelancong untuk membayar tiket feri yang tinggi, jadi ia perlu dikaji semula," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dilapor, terdapat kenaikan harga tiket feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut dan Jeti Marina Island bermula Jumaat lepas iaitu daripada RM7 kepada RM10 bagi perjalanan sehala dan RM14 kepada RM20 bagi perjalanan pergi balik untuk dewasa.
Tiket kanak-kanak pula daripada RM2.50 kepada RM5.50 sehala dan RM5 kepada RM11 pergi balik manakala warga pulau peranginan itu masih menikmati harga sama iaitu RM6 untuk perjalanan pergi balik.
Pengerusi Persatuan Teksi Cawangan Pulau Pangkor Mohammad Apendi Ramli pula berpandangan kenaikan tambang itu tidak akan menjejaskan atau memberi kesan kepada kehadiran pelancong.
"Saya yakin pelancong akan tetap mengunjungi pulau ini walaupun ada kenaikan harga cuma tambang dari Jeti Marina tidak seharusnya disamakan dengan perjalanan feri dari Jeti Lumut.
"Harga tiket dari Jeti Marina perlu lebih rendah kerana perjalanannya hanya mengambil masa kira-kira 10 minit berbanding Jeti Lumut selama setengah jam dan kos minyak juga berlebihan," katanya.
Beliau berkata penumpang feri dari Jeti Lumut juga boleh menikmati pelbagai pemandangan menarik seperti tempat penyimpanan tentera laut dan rumah nelayan yang akan membuatkan pelancong berpuas hati walaupun terpaksa membayar tiket yang tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika dihubungi berkata pihaknya akan berjumpa dengan pengusaha feri serta penggiat pelancongan di Pulau Pangkor dalam masa terdekat sebelum tindakan selanjutnya.
"Saya sudah lama merancang untuk mengadakan perjumpaan ini kerana saya difahamkan pengusaha hendak menaikkan tambang selain ada rungutan daripada penumpang mengenai jadual masa pergerakan feri.
"Kita sudah atur pertemuan dan akan menunggu jawapan masyarakat dan persatuan berhubung semua masalah berbangkit akibat kenaikan harga ini. Saya kena berjumpa mereka dan juga pengguna bagi memperoleh rumusan terbaik serta membuat keputusan bagi situasi menang-menang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Bermula Jumaat lepas, tambang feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut dan Jeti Marina Island naik daripada RM7 kepada RM10 bagi perjalanan sehala dan RM14 kepada RM20 bagi perjalanan pergi balik untuk dewasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Kerajaan diminta kaji semula kenaikan tambang feri ke Pulau Pangkor
Kenaikan harga terlalu tinggi membebankan pelancong golongan pertengahan dan bukan mewah.