Kerajaan disaran melihat semula mekanisme Program Subsidi Petrol (PSP) yang memanfaatkan kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan di Semenanjung Malaysia pada awal tahun depan.
BACA: Harga RON95 diapungkan awal tahun depan, kecuali di Sabah, Sarawak dan WP Labuan
Penganalisis ekonomi Universiti Putra Malaysia Dr Mohd Yusof Saari berkata tujuan apungan harga petrol RON95 dengan memberikan subsidi PSP kepada golongan berpendapatan rendah (B40) adalah tindakan baik, namun yang menjadi persoalan ialah ketepatan pangkalan data mengenai jumlah sebenar golongan sasar itu.
"Saya boleh terima kerajaan mahu apungkan harga RON95 dan subsidi itu diberikan kepada golongan yang layak. Tetapi kerajaan kena pastikan dahulu siapa yang betul-betul layak.
"Sebelum buat inisiatif begini, seharusnya ada satu pangkalan data yang tepat tentang B40, sebabnya kita tidak mahu berlaku ketirisan," katanya kepada Bernama.
Mohd Yusof turut berpendapat pelaksanaan pemberian tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima setiap empat bulan sekali adalah tempoh yang lama untuk golongan B40 dan mencadangkan agar subsidi itu disalurkan sebulan sekali.
Beliau juga berpendapat kadar RM30 bagi kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin juga perlu dipertimbangkan semula.
Dalam pada itu, Mohd Yusof turut mencadangkan agar subsidi PSP ini turut dirasai oleh golongan muda isi rumah kumpulan sederhana (M40) dengan meletakkan kadar lebih rendah.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata subsidi PSP yang diumumkan untuk kereta dan motosikal adalah rendah.
"Sekarang ini rakyat tinggal jauh dari tempat kerja, memang golongan B40 menanggung kos yang agak besar.
"Jika benar-benar mahu membantu mereka dan mengurangkan kos sara hidup, subsidi haruslah berpatutan ia perlu mengambil kira harga RON95 yang akan berubah," jelas Mohd Yusof.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019
Mohd Yusof turut mencadangkan agar subsidi PSP ini turut dirasai oleh golongan muda isi rumah kumpulan sederhana (M40) dengan meletakkan kadar lebih rendah.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN
Langkah ini memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.
Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh
Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Laut Sarawak memberi nafas kepada komuniti nelayan.
Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.
COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan
Lebih 2 juta rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan setakat ini.
4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini
Seramai 4.3 juta orang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di seluruh negara yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.738 bilion pada 2020.
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.