KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperkukuhkan hubungan dalam sektor pendidikan Melayu-Turkiye menerusi kerjasama antara kerajaan (G2G), sekali gus membuka peluang untuk bahasa Melayu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Mantan Pengarah Akademi Pengajian Melayu (APM) Univerisiti Malaya (UM), Profesor Madya Salinah Ja'afar berkata, melalui jalinan kerjasama tersebut, ia juga memberi ruang kepada masyarakat di negara ini mempelajari budaya, sejarah serta sastera yang dimiliki Turkiye.
Jelas beliau lagi, pendaftaran mengikuti program bahasa Melayu di UM dalam kalangan pelajar Turkiye semakin menunjukkan perkembangan positif dari tahun ke tahun.
"Maksudnya mereka minat untuk mempelajari bahasa dan budaya kita, dan ia satu peluang kepada rakyat kita jika ada kerjasama dua hala, ini lah masanya untuk rakyat kita menyebarkan sayap ke luar negara.
"Mungkin kalau kita nak pergi ke negara Barat itu sudah terlalu kerap sangat, orang Malaysia pergi ke London atau Amerika Syarikat (AS) dan kenapa tidak ke Turkiye iaitu satu tempat yang baharu dengan budaya yang begitu berkembang," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di UM, hari ini.
Beliau ditemui selepas berucap pada program Simposium Antarabangsa Sains, Budaya dan Keseniaan di Alam Melayu-Turki, yang turut dihadiri Pengarah APM, Profesor Sabzali Musa Kahn.
Lebih 20 penyelidik dijangka membentangkan hasil kerja bertemakan Rentas Budaya Hubungan Alam Turki dan Melayu.
Mengulas lanjut, Salinah berkata di peringkat UM, perbincangan telah dijalankan bersama kedutaan Turkiye untuk menjalankan penyelidikan melibatkan ahli akademik di kedua-dua negara.
Selain itu, beliau berharap kerajaan melalui kementerian berkaitan boleh menyediakan satu geran khas kepada ahli-ahli akademik dan sektor ekonomi tertentu untuk merealisasikan hasrat mengukuhkan hubungan kerjasama antara Malaysia-Turkiye.
"Kita juga boleh menperkenalkan makanan kita di Turkiye dan belajar untuk mengembangkan citarasa dengan menikmati makanan-makanan Turkiye.
"Melalui hubungan dua hala ini, kita dapat menghasilkan satu kerjasama yang erat dan juga dapat membina hubungan yang kukuh antara dua negara, disamping membuka peluang-peluang pendidikan.
"Misalnya, UM bekerjasama dengan universiti di Turkiye, mereka datang ke sini untuk belajar bahasa Melayu dan kita juga boleh pergi ke sana untuk mempelajari bahasa Turkiye," ujar Salinah lagi.
Dalam masa yang sama, Salinah mengakui cabaran ketika ini ialah masyarakat sukar menerima bahasa Turkiye kerana nilai komersial berbanding bahasa Inggeris.
"Orang negara kita tak nampak nilai bahasa Turkiye itu disebabkan tidak ada inisiatif untuk menghantar atau mengeksport barang-barang keluaran negara atau menyebarkan perniagaan ke sana.
"Sekiranya kerajaan membuat kerjasama antara Malaysia dan Turkiye, saya rasa keperluan orang-orang kita untuk belajar bahasa Turkiye itu mungkin boleh ditingkat," kata Salinah.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 27 2022
Salinah berkata pendaftaran mengikuti program bahasa Melayu di UM dalam kalangan pelajar Turkiye semakin menunjukkan perkembangan positif dari tahun ke tahun. - Foto Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan disaran perkukuh kerjasama, kembangkan pendidikan Melayu-Turkiye
Pendaftaran mengikuti program bahasa Melayu di UM dalam kalangan pelajar Turkiye juga semakin menunjukkan perkembangan positif dari tahun ke tahun.