awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan disaran semak semula skim pencen

Bernama
Bernama
02/11/2018
10:05 MYT
Kerajaan disaran semak semula skim pencen
Laporan turut mencadangkan pewujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan. - Gambar hiasan
Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.
"Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
"Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam," menurut laporan itu.
Pada 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.
Menggariskan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap pertumbuhan ekonomi, laporan itu mencadangkan bahawa peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas buruh berikutan penuaan penduduk.
Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5 peratus dan 80.1 peratus.
"Justeru pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan golongan itu dalam tenaga buruh," jelas laporan itu.
Laporan turut mencadangkan pewujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan.
"Langkah itu memberikan kebaikan kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan hasil kutipan cukai," jelasnya.
Peningkatan produktiviti adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, justeru usaha meningkatkan produktiviti perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik.
Persekitaran mesra umur turut ditekankan dalam laporan itu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga tua dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup termasuk meningkatkan kemahiran agar mereka terus produktif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#belanjawan2019
#merancak ekonomi
#pendidikan
#penjawat awam
#sektor awam
#skim pencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan