awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan harap kutipan zakat syarikat meningkat - Dr Zulkifli

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/07/2020
08:00 MYT
Kerajaan harap kutipan zakat syarikat meningkat - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli berharap, kerajaan mendapat sejumlah besar dari zakat fitrah untuk memberi tumpuan pada isu-isu golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan. - Gambar Astro AWANI SHAHIR OMAR
Kerajaan berharap mendapat sejumlah besar kutipan zakat dari syarikat selain memberi tumpuan kepada isu membantu fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia termasuk bantuan kepada golongan sasar dalam masa moratorium yang diumum sebelum ini.
"Itu (morotarium) berdasarkan polisi kerajaan dan juga perbincangan bank, tetapi kami melihat dari sudut agama.
"Kita berharap dapat sejumlah besar dari zakat fitrah dan kita juga akan menumpukan lebih kepada isu-isu golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan zakat," katanya semasa sidang media selepas Majlis Zakat Korporat dan Penyerahan Sijil Zakat di sini, pada Selasa.
Pada majlis tersebut, sebanyak 11 syarikat menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM12,992,923.82.
Dalam tempoh Januari sehingga Jun tahun ini, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan (PPZ-MAIWP) mengutip zakat perniagaan sebanyak RM58,171,023.19 berbanding tahun lepas RM53,714,383.13 yang mencatat peningkatan sebanyak lapan peratus.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan menjelaskan, moratorium bayaran balik pinjaman oleh institusi kewangan yang bermula sejak 1 April, 2020 dianggarkan berjumlah kira-kira RM51.4 bilion setakat 6 Julai 2020.
Pada majlis sama, PPZ-MAIWP turut menyampaikan sijil zakat kepada syarikat yang membayar zakat selain memperkenalkan logo pembayar zakat sebagai tanda sokongan kepada pembayar zakat.
Ia sekali gus pelengkap kepada sijil halal dan boleh digunakan pada produk syarikat berkenaan.
Ia turut memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk keluaran syarikat yang telah meunaikan tanggungjawab berzakat.
Topic Berkaitan
#asnaf
#bank
#Halal
#Islam
#menteri
#zakat perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan