awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan iktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia - PM

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
07/04/2023
03:28 MYT
Kerajaan iktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar, pentadbirannya akan terus komited memacu pelaksanaan agenda kesihatan untuk semua. - Foto/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, yang jelas, hak untuk kesihatan seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi.
Kenyataan itu dikeluarkan beliau bersempena Hari Kesihatan Sedunia pada hari ini yang turut diraikan Malaysia bersama masyarakat antarabangsa.
Jelas Anwar, tema yang dipilih pada tahun ini iaitu "Kesihatan Untuk Semua" adalah selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut berikrar, pentadbirannya akan terus komited memacu pelaksanaan agenda kesihatan untuk semua.
Kata beliau, perkongsian serta kerjasama erat antara kerajaan dan badan dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 65 tahun lalu akan terus diperkasa.
"Ini termasuk mempromos kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan agar seluruh masyarakat boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi," kata Perdana Menteri lagi dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Twitter rasmi beliau hari ini.
Pada hari ini, Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa meraikan Hari Kesihatan Sedunia. #HealthForAll pic.twitter.com/e3jaPWUxQ5
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 7, 2023
Topic Berkaitan
#kesihatan
#WHO
#Anwar Ibrahim
#hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan