Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan dan pihak berkepentingan industri agar mempunyai rancangan komprehensif bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya apabila vaksin COVID-19 diluluskan dan tersedia untuk pengedaran.
Persatuan itu turut mengingatkan mengenai potensi kekangan kapasiti yang buruk untuk membawa vaksin berkenaan melalui udara.
Menurutnya, kargo udara memainkan peranan utama untuk mengedarkan vaksin ini pada waktu biasa melalui sistem pengedaran masa dan suhu di peringkat global yang kukuh.
"Keupayaan ini adalah penting untuk pengangkutan yang efisien dan pantas serta pengedaran vaksin sebaik ia tersedia kelak, dan ini tidak akan berlaku tanpa perancangan yang berhati-hati, diketuai oleh kerajaan dengan sokongan pihak berkepentingan industri," menurut IATA dalam kenyataan hari ini.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IATA, Alexandre de Juniac berkata penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.
"Kami menggesa kerajaan menjadi peneraju untuk memudahkan kerjasama di seluruh rantaian logistik agar kemudahan, pengurusan sekuriti dan proses sempadan bersedia menjelang tugas yang lebih kompleks pada masa depan," katanya.
Sementara itu, CEO Perikatan Vaksin Sedunia (Gavi), Dr Seth Berkley berkata penyerahan berbilion dos vaksin ke seluruh dunia dengan berkesan akan mewujudkan halangan logistik di seluruh rantaian bekalan.
"Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan, pengeluar vaksin dan rakan logistik untuk memastikan vaksin global COVID-19 yang selamat dan mampu milik," katanya,
IATA berkata selain keperluan membabitkan persediaan pengangkutan dan penyelarasan, kerajaan juga perlu mengambil kira keupayaan kargo industri pengangkutan udara global yang semakin merosot pada masa ini.
Pengangkutan darat akan dapat membantu menangani masalah ini di negara-negara maju menerusi kapasiti pengeluaran tempatan.
Bagaimanapun, vaksin berkenaan tidak boleh diedarkan ke seluruh dunia tanpa penggunaan kargo udara yang signifikan, kata IATA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global. - Gambar fail
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA
Penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.
IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat
IATA menggalakkan pelaksanaan pendekatan berperingkat bagi mengurangkan risiko import COVID-19 menerusi perjalanan udara.
Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).
Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA
Secara keseluruhan, kerajaan telah memberikan komitmen kewangan sebanyak US$123 bilion untuk membantu syarikat penerbangan bertahan akibat krisis penularan COVID-19.
Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019.
COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA
Krisis COVID-19 akan menyaksikan perolehan penumpang bagi syarikat penerbangan menyusut US$314 bilion pada 2020, iaitu pengurangan 55 peratus berbanding 2019.
Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti meningkat 6.4 peratus dan faktor muatan meningkat 1.1 mata peratus kepada 80.6 peratus.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018
Peningkatan dalam pasaran kargo telah memberikan sokongan kepada rantau ini memandangkan Asia-Pasifik mencatatkan 37 peratus daripada keseluruhan jumlah kargo dunia, kata IATA.
IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangka 265 syarikat penerbangan anggotanya akan membawa kira-kira 3.8 bilion penumpang dan 50 juta tan kargo pada tahun ini.
IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara
Ketua Pengarah IATA berkata langkah ini perlu berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.