KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan melindungi dan membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dan rakyat jika berlaku kesan ekonomi susulan peningkatan kes COVID-19 di China, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, kesan peningkatan COVID-19 ke atas ekonomi China perlu dipantau kerana sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia apa yang berlaku di negara itu boleh memberi kesan kepada sebuah negara dagangan seperti Malaysia.
"Di peringkat kementerian (ekonomi) perkara itu sudah dipantau sejak dua tahun lepas (pandemik COVID-19 bermula) dan pengalaman sepanjang dua tahun akan ditambah baik dengan perancangan, usaha dan tindakan untuk kurangkan (sebarang kesan ke atas ekonomi Malaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan Sumbangan Balik Ke Sekolah Parlimen Pandan di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dekat sini, hari ini.
China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19, namun, timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara itu baru-baru ini.
Ditanya sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung bulan depan, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, perkara itu perlu ditanya kepada Setiausaha Agung parti kerana segala surat menyurat ditujukan kepada Setiausaha Agung.
"Setakat ini belum dimaklumkan dan belum ada notis mesyuarat biro politik PKR," katanya.
Kepada soalan sekiranya mendapat jemputan adakah PKR akan memenuhinya, Rafizi berkata, perkara itu akan diputuskan secara bersama di peringkat parti.
"Tak usah terburu-buru. Kalau dapat jemputan, prosesnya ialah akan dibawa ke biro politik dan biro politik akan buat keputusan. Saya tunggu kalau perkara itu telah dihantar secara rasmi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli merangkap Ahli Parlimen Pandan ketika sidang media selepas Majlis Kenduri Rakyat Parlimen Pandan di Dewan Majlis Bandaraya Ampang Jaya hari ini. - Gambar BERNAMA
Penjenamaan PPR kepada PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
KTM yakin 790 Duke bakal menambah hati peminat
Sempena ulang tahun ke-30, KTM dengan bangganya memperkenalkan slogan baru: “No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Pendidikan, budaya kerja dalam membentuk masa depan ekonomi mampan
Menurut Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari, langkah menyesuaikan sistem pendidikan dan budaya adalah untuk memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi serta mendorong peningkatan keupayaan untuk mengadaptasi setiap arus perubahan yang dinamik.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Piala Sumbangsih: Jangan ada provokasi - Polis
Polis ingatkan supaya jangan ada provokasi pada perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Jumaat ini.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.